Monday, January 20, 2014

Mable Cake

Semalam...kita main masak masak...
Hahahah...petang semalam sebab dah tak nak buat apa...haaa..dari tido la..so dengar jayanya saya.. membuat marble cake.
Uolsss senang je mable cake ni..sambil meniarap pun boleh buat.

Okay..ni resepi nya

Bahan

220g butter
170g gula caster
3 sudu besar susu pekat
170g tepung naik sendiri
(If pakai tepung gandum letak 1 sk baking powder) - ayak
5 biji telur dalam fridge
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalet
3 sudu besar serbuk coklat

Cara

Pukul butter, esen and susu pekat. Bila dah sebati, ketepikan. Dalam bekas yang lain, pukul telur putih bila dah kembang masukkan gula, pukul lagi. Bila dah sebati, telur kuning satu persaru, masukkan ovalet, pukul dan masukkan butter yg di pukul tadi. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul adunan in a same way ye. Pastu bahagi kan tepung kepada dua bahagian. Masukkan serbuk coklat tadi ke salah satu adunan. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 50 minit dan suhu 17° c.

** Kita buat corak, so tepung plain 2 senduk, coklat 2 senduk. Di selang seli hingga abess.

posted from Bloggeroid

Friday, January 17, 2014

Ikan siakap goreng light soy sos

Hahahaha..ku balun je nama dia. Panjang sangat kan. Asalnya nampak ada kawan ig post. Nampak macam sedap je..macam sedap je. Terus tanpa segan silu ku mintak resepi. Kesahnyaaa...pastu dia bagi. Esok nya ku cuba...sekali jadik kauuu...hahahah..cik somi kita menambah nambah makan. Kita pun sama. Hehehe..
So hari ni nya kesah...ku tak masak untuk lunch. Balik jogging pagi yadi kami pi makan mee kari kat food court HKL tu..pastu balik dah penat lepak je la. Petang bila perut daj keroncong untuk ana baru la berkeliaran pi kedai.
First time buat kita buat ikan bawal..kali ni buat ikan siakap pulak.
Kita letak la resepi walaupun tak de orang baca blog kita..hahaha

Resepi ikan masak kicap cair

Bahan 1
Seekor ikan -bersihkan
Lada sulah garam

Bahan 2
*2inci halia
*4/5 ulas bawang putih
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air

Bahan 3
Halia
Cili api

Cara
Gaul ikan dengan garam and lada sulah. Then goreng. Goreng hingga garing. Kemudian ketepikan
Tumbuk bahan * kemudian tumis. Dah naik bau masukkan sos tiram, kicap cair and kicap manis. Biarkan sekejap masukkan air. Kemudian biarkan sehingga mendidih. Siram atas ikan tadi.

Utk bahan 3 tu..mayang halus halia tu then goreng..kemudia tabur atas ikan. Cili potong halus and tabur gak atas ikan. Siapppp

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 15, 2014

Awak Suka Saya Tak?


Haaaaaaa...cite last weekend memang menarikssss sangat.
Dok mengadap novel lagi pulak kita peod...so sakan la mentelaah novel tu.
Member kita kasik pinjam dari last two weeks, tapi sebab dok sebok ngan budak masuk sekolah nak adapt rutin baru, sebab dulu Adib sekolah petang, even KAFA dia pagi tapi tak la kelam kabut cam sekolah pagi.
So last two weeks kita memang dah pinjam and sempat baca beberapa lai je, mood bulum sampai meh..
Al kisah Jumaat malam tu, balik kije, mata ni rasa mual nak layan tv, even ada Maharaja Lawak, tapi sebal rasa nak tengok, okay gak la tak tengok...ooo..kita tengok la..kita tengok sepahtu ngan Bocel je, itu je pun yang lawak kat hati kita..
So bermula la pengembaraan kita ke dalam diri Intan. Tell you what, this is the first malay novel yang kita rasa sayang nak abiskan, sebelum ni kita rasa sayang nak abiskan novel Breaking Dawn...muahahahha..
Sebelum ni ada member kita ni, dia beli novel dia tak baca, pastu bila dia baca dia sayang nak abiskan, kita cakap dia pelik, hahahaha, now kita dah tau la apa dia rasa, sayangnya nak lepaskan and habiskan cite ni. Memang kita sasau tahap tersasar la...hahahaha..
Plus cite ni ada unsur keagamaan, sedikit sebanyak bila kita baca tu, terselit la jugak unsur keinsafan.
Kisah percintaan mualaf Hilman and Intan. Yang mana Hilman ni meminati Intan since Intan was 17 and Hilman was 21, masa memula Hilman nampak Intan kat KFC si Hilman ni dah jatuh hati and masa tu dia dah masuk Islam, After 8 years, Hilman nampak Intan kat kedai emas dia kat KLCC, Hilman ni kaya tahap gaban okay. Masa tu Intan pergi kedai tu ngan abang dia Nizam, sebab abang dia nak kawin. Di pendekkan cite, Hilman ingat Intan nak kawin, Intan pulak ingat Hilman dah kawin and dah ada anak, sebab Intan terserempak Hilman kat Mid Valley masa depa nak tengok Avatar, Hilman masa tu ngan kakak dia , Grace and Intan pulak memang berkepit je ngan abang dia ni. Sebab Intan ada kisah pahit dengan kawan kawan dia senang cite lelaki. Lelaki ni dia kenal masa belajar, Danish. Danish ni dah kantoi ngan Intan masa Intan ajak Danish ngan Shasha (girlfren Danish). Dorang ni mempergunakan Intan sebab Intan ni kaya. Kira lubuk emas dorang la.
Okay, back to kisah cinta Hilman and Intan, di pendekkan cite lagi sekali, Hilman ajak Intan kawin, tapi Intan tak nak, sebenarnya Hilman nak protect Intan jugak sbb Danish nak culik dia, ohhh dia jumpa Danish kat resort Hilman. Tapi Intan tak tau hal sebenar, so Intan ni memang perangai degil, keras kepala, pikir dia betul je,so dia hemtap Hilman macam macam, Hilman dah bengang, Hilman tinggal je Intan. Sampai la abang Intan bagitau cerita sebenar, baru la dia rasa bersalah, and masa tu pada Intan dah terlambat, so dia gi carik Hilman kat kedai emas, tak de, so dia teringatkan Masjid Wilayah, dia terus pergi sana, tapi masa tu dah terlambat sebab Hilman dah nak akad nikah ngan anak kepada guru/ ustaz dia.

Haaaaaaaaaaaa...tu je la, nak tau details kena beli, sebab tak rugi.

Yang kononnya watak Hilman n Intan...hahahha

Monday, January 13, 2014

Molten Chocolate Lava Cake

Woooooooooo.....pencapaian yang hebat untuk orang yang tak pandai masak macam kita nih.
Last weekend, kita buat molten lava kek, ala kek yang cair kat tengah tu.
Senang sebenarnya nak buat benda alah ni...seriously senang!!


Okay ni kita letak resepi:

220gm dark choc compound
50 gm butter
4 biji telur
1/2 cawan gula
1/4 cawan tepung kek atau superfine
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat
Sapu butter keseluruh ramekins. Panaskan oven 180 darjah Celsius. Coklat and butter potong dadu, cairkan menggunakan kaedah double boiler. Kemudian pukul telur dan gula sehingga kembang. Apabila sudah kembang masukkan coklat and butter tadi. Matikan mixer. Masukkan tepung gandum and serbuk koko (ayak dulu ye) dan masukkan esen vanila. Guna kaedah kaup dan balik. Tak yah pakai mixer. Then masukkan dalam ramekins. Bakar selama 10 minit.

Senang je kan?
Nak lagi sedap makan dengan eskrem vanila.
And jimat tau.

Coklat tu kita beli rm 5.50 je utk 500grams. Butter tu kita pakai butter cap Anchor rm 6.50 kot.
Ramekins tu kita memang dah ada. Ramekins tu satu dalam rm3.50 kot. So kalau dah ada ramekins save la bajet sikit. Memula je rasa banyak barang kena beli. Tapi sebenarnya it cost around rm20 and u can get 4 molten lava cake.

Selamat mencuba



Bersawang Lagi

Assalamualaikum wbt

Haihhhhh...blog kita ni bersawang lagi...tapi sawang tak banyak sangat la.

Entry Langkawi pun tak terhapdettttt!! malas ke tak de masa cik zura oiii...

Aku ni memang tak patut ada blog pun...pemalas tahap tenuk. hehehehe..tenuk pun rajin. Tapi aku lagi rajin la dari tenuk.

Sebenarnya, aku ni sebok sangat and tak de masa sebab banyak sangat benda yang aku suka buat. Suka layan drama, suka layan dvd sampai berpuluh episodes. Andddddddddddddddd yang paling haru kalau aku layan novel. Duluuuuuuuuu....(kasik panjang sebab lama kan) dulu aku tak gemmor la nak baca novel ni...pada aku buang masa. Since anak aku pun sorang and dah beccorrr...tu aku start bernovel. Novel omputeh, novel melayu, seme aku balun. Tapi novel omputeh lambat sikit la aku nak ngabihkan...ye la cakap melayu pun tersasul terpeleot...hahahahha..statement maut...ini pulak baca novel omputeh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...