Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barang siapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiamat pada hari Assyuuraa'
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.
Sufyan berkata. Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata;
Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir'aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa' . Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.
· 1. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
2. Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
3. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
4. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
5. Hari Iedul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
6. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
7. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
8. Hari Iedul Adha iaitu hari berqurban.
9. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
10.Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.
Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka.
2. Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.
Sayugianya pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa-doa yang berikut;
1. Doa akhir tahun dan awal Muharram (Sila klik pada tempat ini untuk melihat doa tersebut)
2. Selepas sholat subuh pada 1 Muharram sayugianya dibacakan Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.
Sila klik di sini untuk melihat doa tersebut.
Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dulaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin.
Catatan dan Kiriman seorang hamba Allah. Semoga diberkati
Dibawah ini ada beberapa hadith dan nota-nota yang baik yang dapat dikutip buat renungan dan panduan kita bersama. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan yaitu Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa
berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
tambahan satu lagi bahan -
NOTA KULIAH
1. Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
- Malam Awal Muharram
- Malam 10 Muharram
- Malam Awal Rejab
- Malam 15 Rejab
- Malam 27 Rejab
- Malam 15 Sya'ban
- Malam Arafah
- Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
- Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)
Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
a) Qiamullail - Solat Tahajjud
- Solat Hajat
- Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran
c) Zikir
2. Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."
"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"
"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."
"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"
3. Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
• ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
• ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
• Diciptakan lautan pada 10 Muharram
• Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
• Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
• Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
• Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10. Muharram
• Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
• Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
• Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
• Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
• Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
• Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
• Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
• Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
• Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
• Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
• Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
• Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
• Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
• Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
• Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
No comments:
Post a Comment