Monday, August 8, 2011

Kadar Zakat





Banyak negeri mengekalkan kadar zakat fitrah pada tahun ini seperti tahun lepas. Hanya di Sarawak yang menaikkan kadar RM1 berbanding tahun lepas RM5.20, manakala di Sabah naik RM0.20 menjadi RM7 bagi tahun ini.

Di Johor & Terengganu pula ada beberapa kadar berasingan iaitu berdasarkan jenis beras dan juga kemampuan pembayar. Manakala di negeri2 lain tidak berubah seperti tahun sebelumnya.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layari www.zakat.com.my atau www.facebook.com/zakat.my.

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:110)

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah 2:43) |

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. (Al-Bayyinah 98:5) |
- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...