Monday, January 20, 2014

Mable Cake

Semalam...kita main masak masak...
Hahahah...petang semalam sebab dah tak nak buat apa...haaa..dari tido la..so dengar jayanya saya.. membuat marble cake.
Uolsss senang je mable cake ni..sambil meniarap pun boleh buat.

Okay..ni resepi nya

Bahan

220g butter
170g gula caster
3 sudu besar susu pekat
170g tepung naik sendiri
(If pakai tepung gandum letak 1 sk baking powder) - ayak
5 biji telur dalam fridge
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalet
3 sudu besar serbuk coklat

Cara

Pukul butter, esen and susu pekat. Bila dah sebati, ketepikan. Dalam bekas yang lain, pukul telur putih bila dah kembang masukkan gula, pukul lagi. Bila dah sebati, telur kuning satu persaru, masukkan ovalet, pukul dan masukkan butter yg di pukul tadi. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul adunan in a same way ye. Pastu bahagi kan tepung kepada dua bahagian. Masukkan serbuk coklat tadi ke salah satu adunan. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 50 minit dan suhu 17° c.

** Kita buat corak, so tepung plain 2 senduk, coklat 2 senduk. Di selang seli hingga abess.

posted from Bloggeroid

Friday, January 17, 2014

Ikan siakap goreng light soy sos

Hahahaha..ku balun je nama dia. Panjang sangat kan. Asalnya nampak ada kawan ig post. Nampak macam sedap je..macam sedap je. Terus tanpa segan silu ku mintak resepi. Kesahnyaaa...pastu dia bagi. Esok nya ku cuba...sekali jadik kauuu...hahahah..cik somi kita menambah nambah makan. Kita pun sama. Hehehe..
So hari ni nya kesah...ku tak masak untuk lunch. Balik jogging pagi yadi kami pi makan mee kari kat food court HKL tu..pastu balik dah penat lepak je la. Petang bila perut daj keroncong untuk ana baru la berkeliaran pi kedai.
First time buat kita buat ikan bawal..kali ni buat ikan siakap pulak.
Kita letak la resepi walaupun tak de orang baca blog kita..hahaha

Resepi ikan masak kicap cair

Bahan 1
Seekor ikan -bersihkan
Lada sulah garam

Bahan 2
*2inci halia
*4/5 ulas bawang putih
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air

Bahan 3
Halia
Cili api

Cara
Gaul ikan dengan garam and lada sulah. Then goreng. Goreng hingga garing. Kemudian ketepikan
Tumbuk bahan * kemudian tumis. Dah naik bau masukkan sos tiram, kicap cair and kicap manis. Biarkan sekejap masukkan air. Kemudian biarkan sehingga mendidih. Siram atas ikan tadi.

Utk bahan 3 tu..mayang halus halia tu then goreng..kemudia tabur atas ikan. Cili potong halus and tabur gak atas ikan. Siapppp

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 15, 2014

Awak Suka Saya Tak?


Haaaaaaa...cite last weekend memang menarikssss sangat.
Dok mengadap novel lagi pulak kita peod...so sakan la mentelaah novel tu.
Member kita kasik pinjam dari last two weeks, tapi sebab dok sebok ngan budak masuk sekolah nak adapt rutin baru, sebab dulu Adib sekolah petang, even KAFA dia pagi tapi tak la kelam kabut cam sekolah pagi.
So last two weeks kita memang dah pinjam and sempat baca beberapa lai je, mood bulum sampai meh..
Al kisah Jumaat malam tu, balik kije, mata ni rasa mual nak layan tv, even ada Maharaja Lawak, tapi sebal rasa nak tengok, okay gak la tak tengok...ooo..kita tengok la..kita tengok sepahtu ngan Bocel je, itu je pun yang lawak kat hati kita..
So bermula la pengembaraan kita ke dalam diri Intan. Tell you what, this is the first malay novel yang kita rasa sayang nak abiskan, sebelum ni kita rasa sayang nak abiskan novel Breaking Dawn...muahahahha..
Sebelum ni ada member kita ni, dia beli novel dia tak baca, pastu bila dia baca dia sayang nak abiskan, kita cakap dia pelik, hahahaha, now kita dah tau la apa dia rasa, sayangnya nak lepaskan and habiskan cite ni. Memang kita sasau tahap tersasar la...hahahaha..
Plus cite ni ada unsur keagamaan, sedikit sebanyak bila kita baca tu, terselit la jugak unsur keinsafan.
Kisah percintaan mualaf Hilman and Intan. Yang mana Hilman ni meminati Intan since Intan was 17 and Hilman was 21, masa memula Hilman nampak Intan kat KFC si Hilman ni dah jatuh hati and masa tu dia dah masuk Islam, After 8 years, Hilman nampak Intan kat kedai emas dia kat KLCC, Hilman ni kaya tahap gaban okay. Masa tu Intan pergi kedai tu ngan abang dia Nizam, sebab abang dia nak kawin. Di pendekkan cite, Hilman ingat Intan nak kawin, Intan pulak ingat Hilman dah kawin and dah ada anak, sebab Intan terserempak Hilman kat Mid Valley masa depa nak tengok Avatar, Hilman masa tu ngan kakak dia , Grace and Intan pulak memang berkepit je ngan abang dia ni. Sebab Intan ada kisah pahit dengan kawan kawan dia senang cite lelaki. Lelaki ni dia kenal masa belajar, Danish. Danish ni dah kantoi ngan Intan masa Intan ajak Danish ngan Shasha (girlfren Danish). Dorang ni mempergunakan Intan sebab Intan ni kaya. Kira lubuk emas dorang la.
Okay, back to kisah cinta Hilman and Intan, di pendekkan cite lagi sekali, Hilman ajak Intan kawin, tapi Intan tak nak, sebenarnya Hilman nak protect Intan jugak sbb Danish nak culik dia, ohhh dia jumpa Danish kat resort Hilman. Tapi Intan tak tau hal sebenar, so Intan ni memang perangai degil, keras kepala, pikir dia betul je,so dia hemtap Hilman macam macam, Hilman dah bengang, Hilman tinggal je Intan. Sampai la abang Intan bagitau cerita sebenar, baru la dia rasa bersalah, and masa tu pada Intan dah terlambat, so dia gi carik Hilman kat kedai emas, tak de, so dia teringatkan Masjid Wilayah, dia terus pergi sana, tapi masa tu dah terlambat sebab Hilman dah nak akad nikah ngan anak kepada guru/ ustaz dia.

Haaaaaaaaaaaa...tu je la, nak tau details kena beli, sebab tak rugi.

Yang kononnya watak Hilman n Intan...hahahha

Monday, January 13, 2014

Molten Chocolate Lava Cake

Woooooooooo.....pencapaian yang hebat untuk orang yang tak pandai masak macam kita nih.
Last weekend, kita buat molten lava kek, ala kek yang cair kat tengah tu.
Senang sebenarnya nak buat benda alah ni...seriously senang!!


Okay ni kita letak resepi:

220gm dark choc compound
50 gm butter
4 biji telur
1/2 cawan gula
1/4 cawan tepung kek atau superfine
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat
Sapu butter keseluruh ramekins. Panaskan oven 180 darjah Celsius. Coklat and butter potong dadu, cairkan menggunakan kaedah double boiler. Kemudian pukul telur dan gula sehingga kembang. Apabila sudah kembang masukkan coklat and butter tadi. Matikan mixer. Masukkan tepung gandum and serbuk koko (ayak dulu ye) dan masukkan esen vanila. Guna kaedah kaup dan balik. Tak yah pakai mixer. Then masukkan dalam ramekins. Bakar selama 10 minit.

Senang je kan?
Nak lagi sedap makan dengan eskrem vanila.
And jimat tau.

Coklat tu kita beli rm 5.50 je utk 500grams. Butter tu kita pakai butter cap Anchor rm 6.50 kot.
Ramekins tu kita memang dah ada. Ramekins tu satu dalam rm3.50 kot. So kalau dah ada ramekins save la bajet sikit. Memula je rasa banyak barang kena beli. Tapi sebenarnya it cost around rm20 and u can get 4 molten lava cake.

Selamat mencuba



Bersawang Lagi

Assalamualaikum wbt

Haihhhhh...blog kita ni bersawang lagi...tapi sawang tak banyak sangat la.

Entry Langkawi pun tak terhapdettttt!! malas ke tak de masa cik zura oiii...

Aku ni memang tak patut ada blog pun...pemalas tahap tenuk. hehehehe..tenuk pun rajin. Tapi aku lagi rajin la dari tenuk.

Sebenarnya, aku ni sebok sangat and tak de masa sebab banyak sangat benda yang aku suka buat. Suka layan drama, suka layan dvd sampai berpuluh episodes. Andddddddddddddddd yang paling haru kalau aku layan novel. Duluuuuuuuuu....(kasik panjang sebab lama kan) dulu aku tak gemmor la nak baca novel ni...pada aku buang masa. Since anak aku pun sorang and dah beccorrr...tu aku start bernovel. Novel omputeh, novel melayu, seme aku balun. Tapi novel omputeh lambat sikit la aku nak ngabihkan...ye la cakap melayu pun tersasul terpeleot...hahahahha..statement maut...ini pulak baca novel omputeh.

Wednesday, November 27, 2013

Ketam Kari Bercili

Tak tau nak letak nama apa. Sebab memang guna kari...owhhhh..kesahnya hari ni kita masak kari. Since kita coti seminggu so kije kita memasak je la. Masak je yang simple simple janji leh telan dek dekak dari beli kat kedai. Masa gi carik ikan haruan kat Adib (sunat..nnt cite pasal Adib sunat) tengok ketam murah..so sambar la ketam sekilo..dapat la dalam 7 ekor. Tapi ketamnya tak la besar sangat.
So dah in rush..tak tau nak masak apa..so kita masak main campak je apa yang ada. So ni resepj ketam kari bercili kita

Bahan bahan
Ketam (dibasuh dan di buang kulitnya)
15-20 tangkai cili api
4 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar serbuk kari
Garam
3 sudu besar minyak
2 helain daun limau purut (optional)
1 sudu besar air perahan lemon (optional)

Cara-cara
Tumbuk bawang putih dan cili api.
Panaskan minyak. Setelah minyak panas tumis bahan yang ditumbuk. Biarkan garing sedikit kemudian masukkan soso tiram bersama serbuk kari. Biarkan sehingga pecah minyak kemudian masukkan garam, daun limau purut dan peeahan lemon. Kemudian masukkan ketam dan gaul bersama rempah tadi. Biarkan sengga masak.


posted from Bloggeroid

Monday, November 25, 2013

Siapa diri ini?

Siapa diri ini?
Kehidupan ini untuk siapa?
Kehidupan ini milik siapa?
Di mana permulaan?
Ke mana pengakhiran?
Apa yang menjadi kehidupan ini?

Kita mencari yang bukan hakiki.
Kita mencari damai sementara.
Kita mencari yang bukan hak kita.
Kita mencari kasih manusia.

Sedangkan yang perlu kita cari
Redha Allah
Yang perlu kita cari
Damai syurga
Yang perlu kita cari
Kasih Allah

Aku melangkah kembali ke jalanMu
Setelah sekian lama sesat di jalan dunia.
Maafkan aku Maha Pencipta

-pencari abadi-

posted from Bloggeroid

Thursday, November 21, 2013

Lari dan Lari dan Lari


Well, nak start balik berlari lari ...
So....mencari cari kasut..sebab kasut yang ada dah tercabut tapaknya...haaaa...jauh mana la ku lari sampai tapak pun tercabut..
Tapi nak kena start balik tu yang tak best...
I started 'my running' with 2 kms...then after..move to 5 kms...8kms...10 kms... and 12kms.
Sooooo...sebab dah lama tak lari...i have to start it again. Pheuuuuuwwwwww...

Now ku sedang menggugel la kasut yang not so mahal and not so murah.

So....ni antara pilihan hati...tapi harganya...Ya ampunnnnnn!!!

                                                  Kita suka yang ni                                               
Yang ni pun kita suka gak

So...mana satu pilihan hati....*wink wink*

Apa yang best about running ni...release tension...seriously...saya memang jenis tak minat or bukan orang yang workout..nak sit uo or exercise bagai...so not me...not me.
So i preferred running..and to start running kena start dengan slow slow dulu...kali ni ..with ramai supports..kita nak buat bersungguh sungguh.
Caiyok caiyokk!!

“I love running. I’m not into marathons, but I am into avoiding problems at an accelerated rate.
” 
― Jarod Kintz
see ya 

Monday, November 18, 2013

Langkawi Staff Retreat 2013 - part 2

Poyo gila ada part part lak....hehehhehehe...
Suka hati laaaaaaa...

Okay okay....kita nak cite, cite gi Langkawi hari tu...walaupun dah nak hampir luput dah dari ingatan...tapi kita nak cite gak la...

Okay...so hari tu dah cite sampai part bilik...yang melompat tak hengat nya...ye...memang kami melompat...menjerit macam sakai...hahahhaha...gila tak jerit....bilik leh dengar bunyi ombak. Memang best gilaaaa!!! Gila tak gila!!...

Okay...kita orang dah check in seme tu...kita lepak kat bilik..room mate kita nak keluar gi Pekan Kuah. Tapi kita memang nak gi tengok volleyball match. Haaaa...ni memang tradition office kita la kiranya. So room mate kita keluar dalam pukul 3 camtu...and yang lain pun ramai ngajak kita keluar tapi kita tetap nak tengok match...heheheh..
Match started dalam pukul 4.30 gitu...kita sampai sana dalam pukul 4.45...masa tu semua management dah ada...yang staff je entah ke mana...biasa la Langkawi...semua merayap la...SHOPPING!!

Yang pastiiiiii....staff menanggggg!!





By the wayyyyyy...cewahhhh...Langkawi petang tu sangat la panassssss!! Seriously panas...rasa nak mandi je kat pool masa tu. Tapi tak pakai baju mandi..rugiiiiiii!!! Dalam kol 6 lebih kita orang balik bilik...mandi manda...cam sakai gak sebab syok wooo berendam dalam bath tub tu.
Siap siap untuk BBQ dinner lak.

.........................................................BBQ Dinner..................................................................................

As a tradition....team yang kalah kena served food to the winner....so sape yang kalah????? Hahahahahahha....Like last year...we have been served again!!! Memang syok la buli bosses kan...tapi kita dak baik...kita amik sendiri je...heheheh...


Best gilaaaaa sebab makan tepi pantai gituuuuuuuu,...feeling feeling kat Bali la...puii


Lepas balik dinner...kita orang buat rehearsal....jeng jeng...nanti sambung




Layan Movie - Thor: The Dark World

Haaaaaaaa....kan ku dah kata....perangai malas update blog ni memang menjadi-jadi.

Okaysss...since dah lama tak layan movie...meh kita tengok wayang lak. Tapi kali ni for freeeee!!!
Yessssss it's free!!
Ni one of the program CSR office kita. Depa bagi je berapa banyak tiket yang kita nak. Showtime kol 11 pagi on 9/11/2013 hari tu (okay...tau cite dah basi) So hari tu dengan tamaknya kita mintak 12 tix. Tapi kita guna 4 je yang lebih kita bagi orang. Bawak adik ipar, of course la Adib ngan cik abang boyak kita gi jugak.


Since kita dah tengok Thor yang first tu...tu yang kita gagahkan diri pergi gak tengok Thor ni pulak.
Tiket tu pulak sape cepat dia leh la dok seat 'elok' kalau tak mendingak la kat depan screen tu.
Kitaorang sampai dalam kol 10 cam tu pastu dalam kol 10.30 tu beratuq dah...hehe..tabahkan??!! :p

Okay...yang pasti...memang sesi bergambar ada.


Adib memang suka la jumpa besfren dia katanya...perasan tol. Dia tak dok ngan kitaorang, dia gi duduk ngan anak Hezrin. Suka hati la Adib janji hang happy.



Friday, November 8, 2013

Langkawi Staff Retreat 2013 - part 1

Walaupun dah dua minggu staft retreatnya, tapi ni la baru ada seru nak menaip pasal cerita pi Langkawi. Gelak sakan jap...even kita tau blog kita ni sape je yang baca kalau tak diri sendiri, tapi saje je la..kot anak cucu seksok leh baca. Haru haih hidup.
Hah...cite pi Langkawi last month...gaya macam dah lama tapi baru dua minggu pergi, kita orang pi Langkawi 25/10/2013 bersamaan dengan hari Jumaat. Kali ni kita dapat list MAS so kena la naik kat KLIA. Sampai kat KLIA lebih kurang pukul 9.20 gitu...rasanya la...pastu terus check in. Lepas check in kita terus masuk. Perut lapaq nih...tak sabar nak sampai sebab perut dah bunyi lagu macam macam.
These are piccas before we departed.


 Before departed (tapi ada sekeping gambar kat Langkawi terlepas :p)


Perjalanan ke Langkawi took about 55 mins and kononnya ngan si Sadi tu kitaorang nak tido la..tapi hurmmm...tak de maknanya..pot pet pot pet sampai sudah. We reached Langkawi lebih kurang pukul 11 almost 12 la. Bila dah sampai tu...semua dah berterabuq which for me so not bonding la kan...sebab macam last year ramai yang naik bas, tapi tahun ni dah ada experiences seme pakat dok sewa gheta. So ada la beberapa ketui yang naik bas, termasuk si Sadi even sewa keta tapi dia naik bas ngan kita orang untuk dicampakkan ke hotel.


Reached Langkawi

 Perjalanan kami (pergggghhh ayat novel) lebih kurang sejam jugak la dari airport. Seluas saujana mata memandang. Cewaaaaahhhhh...tapi best la...suka tengok sawah bendang it brings me to my hometown. And pemandangan yang berbeza, such a beautiful scenery. Dalam bas memang kecoh la, bising yang amat, kita orang lalu bukit la sawah la, pastu yang best kitaorang lalu gunung mat cincang (ye ke eja?) ala...gunung yang ada cable car tu...kononnya dalam bas pakat nak gi sana la...hermmmmm hampehhhh!!!


Berjaya Hotel Langkawi...wehooo

Okayyyyyyyyyy.....perjalanan dalam bas yang memualkan...sampai rasa nak muntah sebab tak sampai sampai lagi...dari kuda ku cakap lembu...memang toing toing la...akhirnya kami sampai la ke ceruk hutan rimba yang cantikkkkkk!!! Seriously cantik. Like wowwwww!! Langkawi Berjaya Hotel !!!
Tapi hotel ni so not hotel sebab dia macam chalet...each room to jauh i mean dia banyak part. Cam kita...kita dok area pantai...hahahaha...jakun masa tengok bilik. Menjerit cam orang gila....like what..this is our room???!! Our room???!! How i thanked to Danajamin for all this. Seriously i wont spend my money for this..i wont!! And...kitaorang nak ke room kitaorang kena panjat buggy car (tengok gambaq no 2 tu). Dannnnnnnn yang paling scaryyyyyy...kat sini banyak monkeyyyyyy...!!!

Okay bersambung next chapter





Ayam goreng kunyit


Punya la poyo kan...dinner pun nak update kat blog. Bukan gah mana pun lauk nya..heheheh..
Ni bukan apa..sebab tak tau nak update entry apa, so bek kita cite pasal makan.
Semalam kita masak simple je, tersangat simple plus malas. Hehehe..simple tu sebab masak ayam goreng kunyit je pun, malas tu sebab kita beli kobis, tetiba je malas, last last kobis tu tersadai dalam fridge.
Kesahnya...tapi dalam simple pun..laku ayam kunyit ni..beli ayam 7 hengget boleh makan satu family, kalau kat kedai tu...bawang lagi banyak dari ayam. Memang kita tak puas hati sangat beli kat kedai. 



Ayam Goreng Kunyit pedas

Thursday, November 7, 2013

Kisah Yang Tertangguh

Cewahhhhhh..
Tajuk tak leh bla...leh buat drama ni..
haih...separuh hari dok makan gaji buta edit blog yang hidup segan mati tak mahu nih.
Nak ikutkan hati memula nak remove je blog nih...tapi mana la tau kan...tetiba dapat ilham blog ni jadi blog jual tudung ke, jadik blog tulis novel ke...apa apa lagi la...macam comel je..macam comel je..
Soo.....mulai hari ni..saya akan lebih rajin update blog saya..macam tipu je..macam tipu je..

Saturday, February 23, 2013

21 EXTRAORDINARY THINGS HAPPENING RIGHT NOW TO BE GRATEFUL

21 EXTRAORDINARY THINGS HAPPENING RIGHT NOW TO BE GRATEFUL FOR:

1. A baby is taking its first few steps without falling.
2. Somewhere, someone is admiring a breathtaking sunrise, and somewhere else, a surreal sunset.
3. Someone who suffered from a severe injury last year is back on their feet.
4. A small group of people are building something that will soon make the impossible possible.
5. Somewhere on Earth a double rainbow is stretched from one end of the horizon to the other.
6. Someone out there is missing you and looking forward to your next visit.
7. An elderly couple is celebrating their 50th wedding anniversary.
8. Two best friends are laughing so hard that they aren’t even making any noise.
9. A firefighter is running into a burning building to rescue a perfect stranger.
10. A new mom is lying in a hospital bed and holding her baby twins for the very first time.
11. There is someone out there who smiles when they think of a specific moment they once shared with you.
12. Volunteers in major cities all over the world are working at homeless shelters caring for those who are less fortunate than themselves.
13. A high school athlete just broke their own personal record.
14. Someone is hugging a friend who desperately needs it.
15. Someone just placed their spare change in the charity collection cup at the grocery store.
16. A small group of friends are sitting around a table sharing funny stories and cheerfully reminiscing about the good old days.
17. Honest people are working for various government entities to help protect your basic human rights and civil liberties.
18. An emergency room surgeon is in the middle of saving his patient’s life.
19. Someone is holding the door open for the person behind them.
20. Someone is kneeling in prayer at night, sincerely praying to Allah SWT and asking for his own forgiveness, his families and the whole ummah, including you.
21. We are reminded that extraordinary things happen to ordinary people, and that there is beauty and wonder in everyday life.

Sunday, January 27, 2013

Tiada kata secantik bahasa

Haaaaa...suka haku je tajuk entry aku tu kan...
Saje nak memblogkan diri even tak tau apa nak cerita nih.
Ermmm 2/3 minggu ni...aku memang tersangat la busy...sangat sangat..sampai mak aku pun aku tak sempat nak call. Nasib baim la mak aku tak terasa hati. Yang paling teruk birthday mak aku pun aku lupa nak wish..apa punya anak la kan..well...bila busy ni banyak la jugak dugaannya..yang menguji kesabaran. Ye la..dah nama busy..so sms pun lupa nak reply..whatsapp yang tak penting pada aku pun aku tak reply. Sebabnya...aku tak de masa..tapi bila tak reply..ada la suara sumbang...kata aku itu ini..sombong la..hapa la...hapa la kome nih...
Aku memang tak kesah la kalau nak cakap aku sombong ke apa setakat aku tak reply sms tu. Kenkadang bosan gak ngan perangai nak suruh belai jiwa ni. Wellllllllll im not that type of friend..if u really need ..find other one.
Since busy ni...makan pun tak lalu ive lost almost 3kg in 2weeks..ok la tu dari tak turun langsung. Makan nasik pun rasa nak muntah. Tapj sekarang dah okay.
Ok lah..mata dah layu nanite

Tuesday, January 1, 2013

Terima Kasih 2012

Tahun Baru...2013

Tahun berganti lagi.
Aku mendoakan kehidupan kami sekeluarga di limpahi rahmatNya..bersama sama cinta Nya..redhaNya..rezekiaNya..aku mendoakan segala apa yang buruk dan kurang pada tahun sebelumnya...akan menjadi lebih baik, tercorak elok, tertulis lebih teliti ceritanya, aku tinggalkan kisah lama yang menjadi barah pada hidup manusia, semoga aku mendapat kemaafan dari mereka.

Terima kasih 2012. Untuk kehidupan yang suka bersulam duka. Tanpa jatuh..manusia tak gagah untuk bangun. Aku menjadi manusia yang lebih redha dengan kisah dan cerita yang aku sendiri lakarkan. Aku bersyukur untuk rezeki yang pergi dan datang. Alhamdulillah. Terima kasih atas kehidupan yang lebih baik. Mencintai dan menyayangi mereka yang hadir dalam hidupku. Terima kasih dan syukur dilimpahkan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 25, 2012

Durian Crepe Oh! Durian Crepe

And againnnnn....

Haaaa...this time chek buat sendiri...tak cuba tak tau. Kan kan kan...
Berkat bantuan my good fren heheee...chek mintak resepi dari dia..uishhh tak sangka orang meniaga boleh bago resepi...suka yang amat la..
Al kisahnya sebab dah kempunan tahap dewa dah..itu yang mintak resepi...ghupenya..bak biat bukannya susah..tapi banyak stepnya...
Iniah hasil nya..durian crepeku yang lertama with custard creme..



posted from Bloggeroid

Sunday, December 23, 2012

Early gift from big boss

Santa Clause came earlier this year...muahahahaha

Mau kena banned nih...heh...!
Teman dah dapat adiah besday...even besday teman lambat lagi...hehehe
Boss teman buat lawak sampai teman rasa nak pecah dada teman. Ghupenyaaa nak suprisekan temannnn...nak bagi hadiah...konon nya boss teman dapat aduan dari HR! Memang separuh nyawa ku pergi (sambil nyanyi lagu anang).
Teman suka ngan hadia teman...hehe


Counting days...to 2013

Tick tock tick tock...

Cepat sangat masa berlalu...sehari seminggu sebulan...now dah hampir ke penghujung... Umur pun bertambah...masa mungkin makin hampir...
Adib dah masuk darjah 2 next year, aku dah umur 33 (even baru cecah 32 ). Rasa takut nak face future. Tapi apa di takut dengan masa... Nasib aku semalam tak sama macam hari ni. Rezeki aku semalam tak sama macam hari ni. Susah senang suka duka hidup ni kena teruskan jugak. Nak give up? Untuk apa? Yang pasti kenapa kena give up?! Aku hampir give up dalam hidup. Sampai aku malas nak buat apa apa. Tapi aku tau Allah penyayang, Allah makbulkan doa aku... Apa yang aku nak aku dapat. Tapi apa yang aku dapat tu sama ke macam yang aku nak. Bila aku fikir balik... Subhanallah...ini lebih dari apa aku nak! Aku pernah rasa hilang kasih sayang manusia..tapi Allah sentiasa mendengar...aku redha apa yang jadi. Aku terima dengan redha.
2012... Terima kasih untuk tahun yang mencabar kesabaran, untuk tahun yang penuh dugaan , terima kasih didatangkan aku kawan kawan baru, dikekalkan persahabatan yang sedia ada, dipererat silaturahim yang hampir putus, di beri rezeki kebahagiaan dan kesihatan.
Semoga 2013 memberi sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan aku. Dipanjangkan usia ma dah abah dan adik adik ku, kawan kawanku yang ikhlas bersama ku. Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...