Showing posts with label lesson. Show all posts
Showing posts with label lesson. Show all posts

Monday, January 2, 2012

hikmah

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.
Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih.."
Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."
"Apa hikmahnya Tok?". "Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar.
Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
"Tok bertuahlah. Untung." Begitulah kata mereka.Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."
Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar." Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa balai pula," kata mereka.Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan. "Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketuatentera. Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu."Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah.

Friday, May 14, 2010

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

t's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.

Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.

Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.

http://finance.yahoo.com/family-home/article/109538/7-things-to-stop-doing-now-on-facebook


Wednesday, May 12, 2010

Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

saya copy dari http://alivewire.wordpress.com


Tuesday, April 27, 2010

Tip berdepan dengan mereka yang ego, bangga diri, rasa hebat dan seumpamanya

Tip berdepan dengan mereka yang ego, bangga diri, rasa hebat dan seumpamanya: Ketika berdepan/berhadapan, bertakbirlah (Allahuakbar) di dalam hati dengan kesedaran tertinggi sepanjang pertemuan itu. Niatlah agar mereka yang ego itu yang berfikir menggunakan fikiran yang terbatas akan merasa bahawa Allah SWT itu MAHA BESAR. Semoga mereka akan perlahan2 merasakan dan hatinya mula merendah.

Lakukan juga kepada mereka yang sering dengki, jeles, berasa ilmunya sudah tinggi, yang sentiasa tidak senang dengan dirimu, yang berasa kejayaan mereka sudah besar dan hebat, yang berasa mereka lebih baik darimu.

Mudah-mudahan dengan lafaz Allah Maha Besar yang kita bacakan di dalam hati itu, akan meresap ke dalam jiwa mereka.

Ketika jiwa mereka meresap Kebesaran Allah SWT, mereka mampu tersungkur dan berasa diri mereka tiada apa-apanya.

Sedekahkan juga banyak-banyak Al-Fatihah kepada mereka dengan niat semoga jiwa mereka tunduk dan sedar kebesaran Allah SWT.

Kalau suami/isteri/anak2, lagilah mudah. Sambil belai mereka sedang mereka menonton ke, membaca ke... sambil belai sambil sambungkan kesedaran kita kepada Allah SWT.

Jika diri sendiri berasa ego, bangga diri, bagus, boleh juga lakukan sedemikian.

Kadang-kadang rasa bangga diri itu tidak mampu dibendung. Sebab itu perlu banyak komunikasi dengan Allah SWT agar kita mampu memiliki kesedaran tertinggi. Kemudian mampu berada di atas rasa.

Ketika kita rasa bangga, kita sedar yang kita sedang rasa bangga diri. Pasti kita cepat-cepat sedar akan Allah SWT.

Tuesday, March 2, 2010

Tip untuk Mendisiplinkan Anak Degil

Adib ni nak kata D*G*L..tak la sangat tapi susah nak mendengar cakap.
Tapi 100% nak salahkan dia pun memang tidak sbb mungkin puncanya dari saya sendiri.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Anda mungkin selalu menghadapi situasi ini, anak anda enggan makan malam bersama bila diajak. Dia berdiam diri apabila diminta mengemas barang mainannya. Membuat bising apabila adik tidur dan lari ketika disuruh mandi. Dia degil, tetapi mengapa dia degil?

Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Tanda dia sudah membina identitinya sendiri dan berasa lebih selamat, tetapi itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Kalau anda ingin tahu, berdegil adalah cara untuknya menunjukkan ketegasannya. Jadi apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu anda, “saya tidak sukakan peraturan mama.” Jadi apa yang boleh anda buat?


  • Cuba memahaminya.

Jika anda meminta dia makan dan dia menjerit tidak mahu, paksaan hanya akan membuatkan dia menangis. Cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika dia sibuk bermain, datang kepadanya, dakap dia dan beritahu dia mengapa perlu makan. Ini untuk memberitahunya secara psikologi, anda sebenarnya mengambil berat dan ingin tahu mengapa dia tidak mahu makan. Jangan marah dia tetapi pastikan juga dia makan apa yang sepatutnya.

  • Tetapkan hadnya.

Apapun yang dia lakukan, pastikan dia tahu semua itu ada hadnya. Beritahu dia, anda menyayanginya dan apa yang anda lakukan untuk kebaikannya. Jika dia ada masalah mematuhinya (selalunya memang begitu) fikirkan cara terbaik menyelesaikan keadaan itu. Contohnya, jika dia tidak mahu tidur dalam gelap, beri dia lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram.

  • Tunjukkan sikap yang baik.

Selain memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal dan degil, cuba dekati dia ketika dia dalam ‘angin baik’. Beritahu dia apa yang betul dan tidak betul. Selalunya apabila anak membuat kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi jangan cepat mengamuk, sebaliknya cakap secara baik dan beritahu dia mengapa anda marah terhadapnya.


Jika Kita Sendiri Bersikap Buruk Bagaimana Dia Membesar Dengan Mengamalkan Sikap Yang Baik?

Contohnya jika bergaduh suami isteri di hadapan anak dengan suara tinggi dan sepak terajang, bukankah logik anak akan membesar dengan sikap yang sama? Anda tentu malu sendiri kalau dia berkata, mengapa abang tidak boleh cakap menjerit-jerit tetapi mama boleh menjerit-jerit pada ayah?


  • Ingat juga mendisiplinkan anak bukan bermaksud mengawalnya. Sebaliknya, ia bermaksud mengajar dia untuk mengawal dirinya sendiri. Hukuman mungkin akan membuat dia lebih berdisiplin tetapi jika hukuman itu tidak ‘menakutkan’ anak. Dia akan berasa lebih selesa berbuat baik atas kesedarannya sendiri bukan kerana takut dirotan ibu bapa.
  • Jika kedegilannya benar-benar mencabar, cuba bertenang dan buat dia selesa. Jika rasa marah anda membuak, jauh diri darinya. Bila anda rasa tenang semula, beritahu dia apa yang patut dan tidak patut.
  • Beri dia peluang untuk membuat pilihan. Mulakan dengan benda yang mudah, beri dia pilihan memilih pakai¬an sendiri. Satu lagi cara membuat dia rasa dia punyai hak mengawal dirinya beritahu dia apa yang dia boleh buat. Jika dia bermain badminton di dalam rumah, daripada berkata ‘jangan bermain badminton dalam rumah’, ajak dia bermain di luar. Jika dia mahukan ais krim pada waktu malam, alihkan perhatiannya dengan memberinya pilihan, kakak hendak makan buah apple atau hendak makan anggur?
  • Jauhkan situasi yang mungkin membuatkan anda malu dengan kedegilannya. Misalnya jika berjalan-jalan di kompleks membeli belah, dan anda tahu dia sukakan ais krim tetapi anda tidak mahu membelinya, jauhkan dia dari kedai yang menjual ais krim.
  • Hormati dunia unik anak anda. Mungkin dia sedang leka bermain waktu anda hendak keluar. Dia tidak punya masa untuk memakai kasut dan anda sudah berada dalam kereta. Dia tentu akan membuat perangai kerana takut anda meninggalkannya. Jadi, beritahu dia lima minit sebelum keluar, ‘mama hendak keluar, kalau abang nak ikut, cepat pakai kasut’

Memang semua ini bukan jaminan untuk dia tidak lagi berdegil atau merungut, tetapi dengan kesabaran anda, dia sebenarnya secara perlahan akan belajar bahawa berdegil bukan cara terbaik untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...