Saturday, November 26, 2011

Breaking Dawn part1

I ve been waiting for this many many years...to attend a beautiful wedding of Bella and Edward. I ve been waiting for so many years for their wonderful honeymoon and waiting for years to see how suffered Bella get tru her pregnancy. And i ve been waiting for years to see their beautiful daughter and get into Jacob, to see how loyal and sincere his love and relationship and most important...friend..a person who attached to Bella, who gives assistance and support. To see how Jacob accept all these even in pain...

I still remember...yes...still in my mind..when i was so not interested to watch Twilight. I ve been persuaded by my sil, that she watched Twilight first. And told me that im gonna love it! Then, i bought a dvd...and watched it. And watched it again..and again and again...i agreed and no regrets and if Bella has about three things she absolutely positive, and i have only one...positively, i was unconditionally and irrevocably in love with Twilight.

Then i bought all the series of Twilight! I keep on reading reading and reading. Until a part of Breaking Dawn. Love. Marriage. Suffer. Battle. Sacrifice. All together. Together.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Soooo...we save the date with good friends..To watch our what-we-wait-most.


*when u loved the one who was killing u, it left you no options. If your life was all you had to give, howcould you not give it? Ifit was someone you truly loved? - Breaking Dawn.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, November 22, 2011

harimau baham garuda

i am proud.
we're talking last night even Harimau Muda kalah pun we still proud of them. Really work hard and show how all out they played last nite.

http://www.youtube.com/watch?v=xYyTjIveqaI&feature=youtube_gdata_player

Harimau Muda membaham Garuda


I dont how i am proud of Harimau Muda...how i am thanked the most of Khairul Fahmi ....thank you So much for the day.

I really even dont know how to say..how to write...really happy..

Masa first 5mins tu memang dah merisaukan tapi i believed that All the Malaysians yang minat bola la kan...keep praying and hope Malaysia bawak balik medal...But then alhamdulillah...Malaysia dapat jugak score..even it was a funny score..tapi janji score.

I dont know how to say..memang mendebarkan...my heart beat so fast...rasanya dah lama sangat tak rasa macam ni..

Memang merisaukan bila ada gol dari both side sebab tergol tapi offside.
Masuk masa tambahan lagi la...rasa nak pengsan tengok bola kali nih. Alhamdulillah still lagi tied to 1-1.

Masuk penalti time...semua orang kat rumah ni berdiri sebab dah berdebar debar. Sampai myself masa tu pegang anak sedara pun terkejut sebab dengar orang bersorak.

Alhamdulillah kemenangan buat Malaysia tanah tumpahnya darah ku...


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, November 17, 2011

jom ganyang aedes

tadi lalu DUKE so dapat free ni.


jom ganyang aedes.

maybe pada kita or certain orang tak de apa la nyamuk ni. Tapi my sil and bil masa kena denggi..it was too bad. demam non stop..sakit sakit badan and even gusi pun berdarah.

so berwaspadalah dengan nyamuk nih.

pesanan khidmat masyarakat..hihi

Saturday, November 12, 2011

wish.hope.pray

I always make a wish and place it in my heart. I say it to Allah.
Anything i want, everything i want. Because i believe it can be true. And i believe i never know
where the next miracle is gonna come from, the next smile,the next wish come true.

Someone tell me, 'if you believe that it's right around the corner and you open your heart and mind to the possibility of it. You just might get the thing you are wishing for.

The world is full of magic. I just have to believe in it. With all my heart

Friday, November 11, 2011

6 is coming

less about 1month to Adib's 6th birthday. I am not planning for a big celebration. Just a small makan makan among family members. Insyaallah.

I really dont know what to say Adib...but..mummy knows..loving is forever.

Siapa la saya kan...menghukum atau menentukan nasib rezeki kehidupan dan jodoh Adib nanti.
Siapa lah saya untuk menghukum segala apa yang akan terjadi kat Adib nanti. Baik atau buruk...itu lah manusia.
Siapalah saya menghukum Adib untuk sesuatu yang sempurna darinya.

Tapi Adib...mummy tak pernah lupa berdoa,mohon pada Allah...Adib jadi anak yang soleh...yang akan mendoakan mummy dan papa bila kami dah tak de kat dunia ni. Berdoa agar Adib jadi insan yang tabah menempuh kehidupan di dunia ini. Menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat dan diberi kesihatan yang baik.

ameen.



Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday

AidilAdha 2011

Salam Aidiladha

another years celebrate Aidiladha in KL. Well i must say that i was so homesick and really wanted to be there. Really hope for another year ahead i can celebrate Aidiladha in my hometown. Nak bawak Adib tengok orang sembelih lembu. Actually he was asking his papa pasal korban lembu ni.

And tahun ni i tried to cook nasi tomato. Frankly, tak pernah buat nasi tomato without guide from my mom. Tapi the result kira boleh la. Nak kata tak sedap tu boleh la telan. Alhamdulillah la, habis la jugak.








Monday, November 7, 2011

apam polka

apam polka dots easy breezy...hihi..senang je nak buat apam polka dots ni. Actually adib la nak sangat makan apam ni so memula tu plan nak beli je...tp i was thinking why dont i tried it myself. so i decided to ask my fren the recipe. sbb dia mmg buat apam polka ni as a bussiness kat ganu. resepi dia very simple. At first attempt tu try buat 3 kaler -- pink, hiju and blue. Adib punya la suka sbb buat benda yang dia suka makan. untuk satu adunan tu dapat lebih kurang 50 biji. Riang hati la adib mengunyahnya

pastu hari ni dia request suruh buat lagi. hari buat 4 kaler. pink purple blue and ijau

inilah hasilnya

Tuesday, November 1, 2011

Panduan Solat Dhuha

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah
mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

-Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah

- Barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat

- Barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut

- Barangsiapa menunaikanyan sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat

- Barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”

(Riwayat At-Thabarani ).

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
Ya ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...