Tuesday, April 27, 2010

Tip berdepan dengan mereka yang ego, bangga diri, rasa hebat dan seumpamanya

Tip berdepan dengan mereka yang ego, bangga diri, rasa hebat dan seumpamanya: Ketika berdepan/berhadapan, bertakbirlah (Allahuakbar) di dalam hati dengan kesedaran tertinggi sepanjang pertemuan itu. Niatlah agar mereka yang ego itu yang berfikir menggunakan fikiran yang terbatas akan merasa bahawa Allah SWT itu MAHA BESAR. Semoga mereka akan perlahan2 merasakan dan hatinya mula merendah.

Lakukan juga kepada mereka yang sering dengki, jeles, berasa ilmunya sudah tinggi, yang sentiasa tidak senang dengan dirimu, yang berasa kejayaan mereka sudah besar dan hebat, yang berasa mereka lebih baik darimu.

Mudah-mudahan dengan lafaz Allah Maha Besar yang kita bacakan di dalam hati itu, akan meresap ke dalam jiwa mereka.

Ketika jiwa mereka meresap Kebesaran Allah SWT, mereka mampu tersungkur dan berasa diri mereka tiada apa-apanya.

Sedekahkan juga banyak-banyak Al-Fatihah kepada mereka dengan niat semoga jiwa mereka tunduk dan sedar kebesaran Allah SWT.

Kalau suami/isteri/anak2, lagilah mudah. Sambil belai mereka sedang mereka menonton ke, membaca ke... sambil belai sambil sambungkan kesedaran kita kepada Allah SWT.

Jika diri sendiri berasa ego, bangga diri, bagus, boleh juga lakukan sedemikian.

Kadang-kadang rasa bangga diri itu tidak mampu dibendung. Sebab itu perlu banyak komunikasi dengan Allah SWT agar kita mampu memiliki kesedaran tertinggi. Kemudian mampu berada di atas rasa.

Ketika kita rasa bangga, kita sedar yang kita sedang rasa bangga diri. Pasti kita cepat-cepat sedar akan Allah SWT.

Thursday, April 22, 2010

- mengutuk -

Salam. (Bertertib sikit ..hehe )

Mungkin pelik kenapa post entry ni begini and ditulis begini.
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Begitu juga dengan saya.
I get emotionally bila I knew that ada orang 'mengutuk' the way my husband and I cari makan.
Well terima kasih banyak2 atas kutukan mereka.
Untuk pengetahuan orang yang mengutuk itu, saya sedikit pun tak marah apa yang korang kutuk.

Memang kelakar and memang sangat pelik ...boleh ker saya ni jadi jutawan, ye saya pun tak pernah terfikir sampai kesitu.
Cukup la duit yang dicari tu untuk kebahagiaan dan kesenangan kami sekeluarga. Without menyusahkan sesiapa.
Dulu pun masa saya berkerja di salah sebuah bank kat Malaysia ni ( cewahhh ) saya susah pun saya tak meminta kat sesiapa.
Alhamdulillah. Agaknya kalau saya jenis yang suka meminjam atau meminta ngan orang lebih teruk kutukan yang saya kene.
Salahkah saya 'menjual gelang' kalau saya rasa saya boleh senang dengan cara ini.
Kalau saya salah sekalipun, saya yang patut dihina dan dikutuk, tapi bukan the way saya n husband mencari rezeki.
Yang saya rasa saya tak minta dari korang ( dah merapu nih ).

Tak pe la, sebelum saya merepek lebih jauh dan sampai ketahap merapu, better saya stop.
Ini just sekadar luahan hati.

Cuma, kalau apa yang terjadi, jangan menghina and mengutuk the way orang lain cari makan.
Mungkin hidup korang lebih beruntung sbb sepanjang hidup korang , korang menjadi orang yang perfect,
Semoga kutukan itu menjadi doa.
Amin.

u.p.d.a.t.e

Susah betul saya nak ber'blog' since tak der internet kat rumah.
Menunggukan mr hubby said nak change Celcom Broadband To Streamix ( yang dah a few months dah nak tukar).

Sangat banyak yang happen after my last post around two weeks.
And all the stories I'll update later :

* new and last job - uob
* seminar in Kuantan
* met my old fren
* get my three new 'babies'

P/s : mr hubby cepat la tukar.

Saturday, April 10, 2010

Adib - Emotional

Adib got emotional today.

While i was cooking, i noticed that adib so silent and well behave,
i went to living room and saw that he looking at his classmate's (x-classmate 2009) frame.

And guess what?! he's crying and said that he had missed a few of his friends.
Pity him.




Mummy loves you Adib.

shopping- hehe

Today, i have happily shopping at Matase Sutera and bought the two beautiful baju kurung.



tq sis mainy

mis.take

This entry actually as a luahan hati saya sbb hari ni saya rasa bersalah sangat kat my Adib.
Disebabkan kecuaian saya Adib menjadi mangsa.

Here the story : as usual adib hari2 ada homeworks..a load of homeworks.
So semalam first time la adib bawak balik homework sikit je : subject Math.
Then, adib and myself mengadap la homework tu sesama. Masa saya tengok tu
homework adib ada 2 pages jer.

So besok nya adib went to skool as usual, ptg tu masa amik adib,
cikgu nursery dia bagitau kat saya yang Adib kene denda! What ?! Kene denda!!
Dia cakap adib kene balik from skool about one hour late.
I asked her why? Then dia bagitau sebab adib not finished his homework.
I was pretty sure that adib only had a 2 pages on math subject. Sedih sangat!
Kesian adib.

Next time I will be more carefull and double triple check on his homework.

And here's the conversation (myself asked for forgiveness)

Mummy : adib, mummy sorry okay, mummy tak sengaja.

Adib : nape mummy?

Mummy : sian adib kene punish ngn teacher.Sorry.

Adib : tak per, lain kali jangan buat lagi.

Mummy : *gulp* pulakkkkkk...

Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an ,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,

3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh….

“Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad’ Alloohushshomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii ‘alaa syaidinaa Muhammad wa’alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh”
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Friday, April 9, 2010

Congratulations!

Last Monday we're so happy coz we're receiving a beautiful gift from god, that my bestfriend had give birth a baby girl!
Memandangkan I just update this blog via phone..so saya tak boleh bak upload gambar lagi. Pity me. Sbb broadband kat rumah very bad.

Tak pe gambar akan di upload soon.

Anyway, congratulations my lovely novee and her husband Ashraf for your new comer,
Tihany Ashraf...

Semoga bertambahnya ahli keluarga bertambah rezeki dan bertambah bahagia...

Aku always mendoakan yang terbaik utk mung novee :)




Tihany Ashraf

Cukupkah Apa Yang Kita Ada

Cukupkah apa yang kita ada?

Petikan daripada Nona, Februari 2003

Secara semulajadi hati manusia memang payah untuk berasa puas. Walaupun sudah memiliki sepuluh peti emas, seseorang itu masih mahu lagi kesebelas. Apabila dia sudah mempunyai sebelas peti emas dia mahu lagi yang kedua belas dan begitulah seterusnya.

Okeykah sikap seperti ini? Dari aspek motivasi tiada salahnya sebab ia sikap orang maju, sikap yang diperlukan untuk menjadi kaya sebab Islam tidak pernah menghalang umatnya menjadi kaya. Atas alasan dengan adanya harta yang banyak memudahkan seseorang itu menyalurkan sebahagian daripadanya ke jalan-jalan kebaikan.

Jadi, dalam mengharungi kehidupan tidak salah seseorang itu bermewah-mewah asalkan kemewahan tidak melalaikan dia daripada meniti di atas panduan-panduan agama. Meskipun bersederhana itu lebih dituntut namun bermewah-mewah dalam ruang lingkup yang dibenarkan dikira munasabah dan sesuai dengan kehidupan moden sekarang.

Memang, kadang-kadang penilaian dan penghormatan manusia terhadap kita bergantung kepada apa yang kita ada dan pangkat apa yang kita sandang. Kereta apa yang kita pandu, rumah jenis apa yang kita miliki, kawasan mana kita tinggal, hotel mana yang kita pilih apabila hendak bercuti, kad keahlian apa yang kita ada dan macam-macam lagi.

Kehidupan sekarang telah meletakkan apa yang kita miliki sebagai asas penghormatan manusia terhadap kita. Maka tidak salahlah memiliki segala-galanya asalkan kita masih kita, tidak berubah dan masih meletakkan TUHAN sebagai matlamat kehidupan.

Ujian paling berat bagi seorang yang kaya ialah jatuh miskin atau kehilangan salah satu daripada hartanya yang paling disayangi. Kala inilah kesabaran akan tercabar. Kalau tadi Islam membenarkan sikap tidak puas sebagai pendorong untuk manusia terus berusaha, sekarang Islam melarang sikap tidak puas hati kerana ditimpa ujian. Sikap yang patut ditunjukkan ialah bersyukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk memperbaiki diri. Setiap ujian tentunya bersebab.

Dalam berdepan dengan ujian baik kekurangan harta mahupun yang melibatkan nyawa, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan melainkan 'sabar' dan 'redha'. Hanya dua perkataan ini boleh menyelamatkan seseorang itu daripada dimurkai ALLAH. Dimurkai bererti berdosa dan dosa kalau tidak dibasuhi dengan taubat, jawapannya Neraka. Di antara tanda bersyukur ialah sentiasa bersabar dan teguh iman menerima ujian ALLAH.

Sikap yang bertentangan dengan ini ialah rasa rakus untuk memiliki kesemuanya hingga membabitkan hak orang lain. Orang begini akan semakin kufur apabila dilimpahi nikmat, apalagi tatkala ditimpa petaka. Dia akan mudah menyalah-nyalahkan takdir dan menyalah-nyalah TUHAN. Ingat janji ALLAH, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim, 7).

Rasanya cerita Qarun adalah motivasi terbaik manusia untuk tidak terlalu mencintai harta kerana harta yang disalah tadbir akan mendatangkan kecelakaan. Qarun asalnya orang yang beriman kepada ALLAH dan menjadi pengikut setia Nabi Musa a. s. sebelum kaya raya. Tengok, bagaimana harta boleh menjadikan manusia berubah sama sekali.

Kalau hal ini berlaku ke atas Qarun, bagi saya tidaklah pelik sangat, sebab dia memang kaya. Kunci gedungnya sahaja memerlukan satu kabilah untuk mengangkutnya dan diperbuat daripada emas. Jika dia berasa amat sombong agak berbaloi juga berdasarkan kekayaan yang sedemikian banyak.

Berbanding dengan sesetengah kita, harta barulah sekangkang kera sudah merasakan tidak berpijak di bumi ALLAH. Kadang-kadang hanya kerana sebuah kereta yang belumlah boleh diistilahkan sebagai 'mewah', kita sudah terpesong daripada menjadi diri kita yang asal. Ingatlah kata-kata, "Orang yang cerdik adalah orang yang tahu haknya di dunia, mengambilnya dan mempergunakannya tanpa melupakan bekalannya untuk ke sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...