Friday, February 25, 2011

quote of the day

What is life? Look around you for a second. Life is what happens to you right now, while you are reading this. Thats you. Thats life......
Published with Blogger-droid v1.6.5

Tuesday, February 22, 2011

Rumah itu, Syurga bagi para Isteri

Saya copy artikel ni dari facebook seorang sahabat lama dari sekolah. Farah Halwani.

“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…” KELEBIHAN ISTERI… Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikut pintu yang disukai. Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.” “ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.” Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah s.a.w : “…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat : Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi : Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…” Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung : “…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah. Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.” Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya. Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas. Kelebihan wanita-wanita yang mengandung : “…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah.Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).” Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya : “ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.” “Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya."

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW :

1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).
2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.
4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.

“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.”

Monday, February 21, 2011

sayangi ibu

Masa entry di tulis i just cant stop crying. Selami Jiwa rancangan kat Astro Oasis tadi betul2 menyentuh jiwa. Tentang Sayangi Ibu ketika mereka masih ada...sedih sangat rasa. Pernah tak kita mengherdik ibu kita? Melawan cakap ibu? Melengah lengah kan suruhan ibu? Saya terfikir pernah tak ibu saya terasa hati dengan saya. Mungkin perangai saya. Saya terus menangis. Hati ibu terlalu sensetif.menderhaka bukan saja dari mulut tapi lenggok badan. Sekecil kecil perbuatan pun di kira menderhaka..apatah lagi kita melawan...
Paling menyentuh hati saya bila aa satu ayat ari fadilah kamsah ni...' sesiapa yang ada ibu..anda beruntung..bersyukur..kerana anda masih ada ibu untuk mendoakan anda.mendoakan kebahagian anda.anda bayangkan orang yang tiada ibu.tiada doa dari ibu.' air mata tak berenti. Ibu tiada ganti..tiada ganti...
Published with Blogger-droid v1.6.5

Sunday, February 20, 2011

not well

Me not feeling well for 2 days. Teruk pulak rasanya. Bukan tak biasa sakit teruk. Tapi vila with fully package ni rasa tak larat sangat. I've got sudden fever last nite...sampai menggigil and i couldn't sleep until 3 am ++...and got awake around 5 sbb mimpi yang bukan bukan. Then start shaking again. Then after felt dizzy and terus muntah. My hubby gi beli panadol around 6am. Then baru la dapat tido. Around 8++ bangun sbb dah book court badminton kat sri gombak.
Balik dari berbadminton badan rasa makin teruk. Sakit kepala pulak n perut still sakit. Haih teruk betul this time. Nak makan pun x lalu. My hubby got me my fav food kat Nandos pun rasa x boleh nak telan. And now feel so hungry and can wait till tomorrow to have some porridge.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, February 17, 2011

my first egg tart.

Ermmm...not bad la..utk saya n mr suami makan okay la..adib seperti biasa..pengkritik yang jujur....'mummy..kulit (tepung tart) dia keras sikit la...'
Ye la mummy agree la keras sikit tapi masih boleh di makan...sedap la jugak..kuikuikui...

Cerita pasal masak la kan...saya dulu nak masak sardin pun saya tanya member office...masa tu saya ingat lagi dia cite dia makan sardin kicap...balik opis saya call dia tanya cane nak wat sardin kicap.
Well saya mengaku saya memang x de kebolehan memasak..tak macam sesetengah orang yang even tgk pun dah boleh tau apa bahannya..itu mak saya. Mak sesape pun kan..
Masa memula kawin saya memang buta alam la bab memasak ni. Tapi saya belajar..saya try..peduli la orang lain nak kutuk or x nak makan as long as suami saya makan. Saya okay.
Dari seremeh remeh masakan hingga la saya cuba buat nasi arab,beriani,nasi kerabu,nasi dagang yang saya rasa saya berbangga ngan diri saya sendiri.
Hehehe...lama lama ok la kan...kat facebook pun saya make one album as for me je..tp sbb facebook tu dah nama nya sosialnetwork kan..so share sesama member..
Bila dia tgk apa kita masak n mintak resepi..rasa seronok kongsi resepi. Even dorang buat lagi nampak sedap dari saya buat. Ngeh ngeh ngeh
Paling membanggakan saya..saya akan makan je even orang lain masak tak sedap. Itu yang saya bangga. Saya tak kan kritik atau cakap apa pun kalau orang masak tak sedap. Tapi kalau orang lain dah berbunyi saya cakap la...hihihi...
Kalau bab masak pulak yang paling hebat pada saya la...saya masak utk birthday adib yang ke 4. Masa tu saya masak naik bukhari ayam.dalca.roti jala.kari ayam.alone!
Hihi...nak cite pasal tart je..melalut pulak...
Published with Blogger-droid v1.6.5

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul



KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah





Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.



Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.



Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.



Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.



Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.











WASIAT RASULULLAH S.A.W.



“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.



Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;



“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah

Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa

Juga pun”.

Cahaya Selawat (Ya Nabi Salam Alaika)

Salam Maulidul Rasul

broga again

Huh...! Last Saturay kitaorang pergi lagi...this time with eda's aunty and her couz. Lagi ramai lagi best....kali ni...kita orang sampai ke gunung tok wan.....waaaaaaa..we did it...!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, February 10, 2011

Junior Masterchef

What you can cook at you age 8-12?

At first, i was like....Junior Master chef, so i set the date of first showing on TV at Star World 711.
Yup....i am so impressed with their abilities. No kidding ..this is a very brilliant show, when the judges came with the question' how old are you? i'm 8! ' what ?!! you are just 8! when I was 8 the best thing that had ever happened to me was ......nothing...hahahahaha...i just remember that i enjoyed licking the chocolate my mum made for cookies or running to kitchen when i smelt something good from kitchen...

Well, this is a brilliant TV show i ever seen. I do love this show and really don't want to miss it, eventhough saya dah mengelat google who's the winner. Masa tengok winner tu i was so happy sbb memang dah expected dia menang...

its start with 50 contestant and every one must cook for their favorite, and judges selected to 20 kids, and they must cook for seafood and meat. Then the judges continued to select for the most top 12.

Speechless jugak la when my first time watching this show how the beautiful kids cooking something that I REALLY don't know how to...goodness!! i presume the quality of food comprises of burnt pastry, raw meat ...bla bla bla. But they taught me how intelligent, creative and composed kids can be. How else do you explain their ability to produce dishes that even I would come unstuck with; Chocolate Fondant with Raspberry Coulis and Fresh Berries, Falsomagro with Crumbed Eggplant and Tomato Sauce and Tea Tea Smoked Quail in a Citrus Sauce?(di copy dari Junior Masterchef link ) Of course they probably can’t spell the names of half the things they cook, but what does it matter when you have the culinary skills of a ‘hatted restaurant chef’. OMG!!!! sometimes i couldn't believe this.

I just have to get over the jealous fact that a nine year old is simply a better cook than I am. I can’t help but be envious of their talent and slightly embarrassed that they have more recipes in their repertoire than I could count on my hands.

I think we should have Junior Masterchef Malaysia..

cerita lempeng



Sape suka makan lempeng? Sape tak suka makan lempeng? Sape tak pernah makan lempeng...hihi..
Entry sbb saya dah boring sangat...so teringat la pulak pasal lempeng ni...me hubby and adib memang suka makan lempeng...plus ni di namakan makanan malas selain dari nasi goreng..yang kita rajin la jugak kan...

Resepi lempeng :
2 biji telur
1sb gula (tak taruk gula pun boleh)
Garam(sikit je)
1/2 cawan all purpose flour
2 1/2 cawan susu segar
1 sb butter

Cara :

Guna mangkuk sederhana gaul together telur.gula.garam
Masukkan tepung and susu. Kacau sebati
Panaskan non stick pan..taruk minyak then pour about 2 sb telak atas pan..then spread..
Dah nampak like golden brown boleh la angkat and sapu kan butter sikit.
Boleh jugak makan dengan honey or curry chicken or sambal sardin or bilis.

Published with Blogger-droid v1.6.5

broga oh broga

Actually dah lama sangat plan nak gi Broga Hill ni since last year..tp sbb my hubby really dont like to join in this activity like hiking ni so kita orang keep postpone je la..sampai last week sbb x tau nak buat apa...so kitaorang decide la nak pergi..pujuk punya pujuk en suami..dia pun stuju..walaupun terpaksa..hihi..tq dear...so saya ni tak la survey pun pasal Broga Hill ni..yang funny nya..saya ingatkan Broga Hill ni tempat Lagenda Budak Setan shotting. .alaaa yang ada sepohon kayu daunnya rimbun tu..rupanya bukan...haha...padan muka..

Soooo...malam tu kitaorang - saya.hubby.eda.anon decide la nak gi pukul berapa...kita orang decide nak gerak pukul 530am..so..sepereti yang di plan my bro n sis in law dtg umah kitaorang pukul 530am...amazing race sbb kami semua sanggup bangun early morning. ...hahaha...kita orang breakfast dulu kat ampang..makan roti telur..saya minum nescafe ice..sbb mata ni macam kena hempap ngan batu...ngantokkkk ...owh..btw..saya bawak adib..jeng jeng jeng...

Perjalanan (skema betul ayat) dalam sejam dari Ampang...tak sampai sejam..45 minit kot..pukul 7 kita orang sampai kat Broga . .belum Broga Hill ye..sbb sebelum siap berenti petronas...buat apa yang patut...hihi...

Kawasan kelapa sawit. ..yang menyebabkan kitaorang tak sangka yang kita orang dah sampai ke Broga ni..sbb tengok kerata banyak gilaaaaaa...ramai sangat.....betul ke kat sini...rupanya kawasan tu dijadikan tempat parking..kalau korang bawak kereta hati hati ye..sbb tanah dia tinggi rendah.. patut la ramai yang bwk SUV..huhu..x pe..kereta pun boleh...bayaran utk parking rm 2 je..so perjalanan pun bermula with adib yang mengantuk n marah marah sbb kacau tido dia...my si s in law lagi la dasyat siap x tidoooo...dianya excited nak pergi sampai x leh tido katanya...my bro in law as usual akan bawak handycam dia ke mana saja..termasuk la ke Broga ni...hihi... owh.. sesapa yang ada SLR sila la bawak ye (sbb pemandangan cantik bangat) ..just beware je la.. kang jatuh ke terlanggar ke..

Kita orang nampak signboard kecik...Broga Hill 1.7km and gunung tok wan 4.2km (kot- lupa dah tapi 4 something la) owhhhh!!!...x tau pulak ada gunung tok wan (kami tak sampai ke Gunung Tok Wan ni )...perjalanan pun bermula...jalan tak cantik la ye sbb nak daki gunung bukan nak gi shopping..hihi..tanah kat situ tanah liat...so luckly masa kitaorg pergi tanah tak basah sbb kalau hujan tanah tu akan licin..so bahaya la jugak...huhhhh...

Pendekkan cite kitaorang sampai kat pit stop yang ke berapa ntah..sbb banyak kali berenti...ye la..bawak budak..tapi im proud of adib..sbb dia sangat brave..n semangat...dalam perjalanan tu ada yang muntah..kitaorang rasa dia patah balik kot sbb saya dengar dia dah muntah 4 kali..huhu...sian...okay..sampai la kami kat tempat buaian n pokok sheikh muzaffar pre wedding photoshoot tu ...siap ada kasut dia tinggal kat situ...haih macam mana la dorang angkut barang2 naik atas tu.. .? bila sampai kat pokok tu..kita orang tengok jalan nak ke puncak tu amat la mencabar...with tanah dia yang licin (licin sbb kind of tanah berpasir sikit) n sangat mencuram...memang bahaya for kid...so my hubby and adib stay kat pokok yang ke 2 (tengok gambar) sbb risau nak handle adib even adib sampai merajuk nak naik ke puncak..so me eda and anon meneruskan perjalan ke puncak...ngeh ngeh ngeh..dalam hati dup dap dup dap...risau gak...so sampai la kami di perhentian kedua...lama stay situ sbb dok tgk skill dorang turun, ada yang menggelunsur ada yang tunggang langgang pun ada, yang slide pun ada..mostly yang slide tu lelaki la...masa nak tu ada yang sluar dah koyak sbb slide...haaa...kalau rasa nak slide pakai sluar tebal.ohw kita orang stay lama gak kat ada satu batu ni.....saya bukan takut nak naik..tapi takut nak turun..bila dah naik tu yang pasti kena turun.. hihi..memula saya tak nak naik..so anon sorang je naik itu pun dia tak sampai atas lagi..saya ngan eda (eda is my sis in law ) stay la kat batu sambil melihat view yang sangat cantik...sesuai la kepada sesiapa yang nak cari ketengangan..jangan pergi sana bunuh diri dah la ye..hihi..nauzubillah...so...tengah sembang2 tu..turunla segerombolan gadis...cewahh...dorang cakap rugi la x naik atas..sikit je lagi...n view dari atas sangat la cantik...saya pun cakap kat eda decide nak naik atas...yup..i can do it...!!eda decided to stay sbb dia dah gayat...so saya pun naik atas....and sampai ke puncak...yeayyyyyy....

saya n my bil je yang sampai...rasa sangattttt besttt and sejuk sangat kat atas tu....best gila...and...kalau nak tau..puncak broga mendatar..masa nak naik je nervous..tapi ok...pastu...broga is first top semua skali ada 3 puncak...so...kita orang amik gambar je la..sbb rasanya nak reach puncak ke 2 and 3 it will take an hour jugak la..sbb kami tinggalkan my hubby adib n eda kat bawah so tak boleh la nak ke gunung Tok wan... snap gambar (wah klau ada SLR mmg best ) tapi lupa nak snap view dari top..huhu.. .so...masa nak turun tu memang nervous jugak la...kononnya saya x nak la turun jalan yang curam tu..sampai la my bil panggil..rupanya dia lalu jalan lain.. terus bertambah nervous. ..huhu...rasa terkilan my sil x naik sbb dah sikit je lagi..

Ada a few tips

¤ jangan pakai j eans
¤ breakfast dulu.. tp jgn heavy sgt
¤ bawak a ir
¤ pakai sport shoes..j n nak pakai crocs else..sbb licin...kasut futsal pun x digalakkan
¤ kalau jumpa kayu panjang sebelum mendaki amik..senang ada kayu..

Pengalaman yang best sbb dah lama x hiking...and yang best sbb with family dulu ngan kawan2...tu pun masa skolah dulu...

Cite masa turun...kaki me nak cramp sbb pakai jeans and one more things sbb kita dok menahan kaki.. .masa turun kejap je dalam 30minit..owh lupa...masa utk naik lebih kurang 1 jam je...depands kepada kelajuan korang la..kita orang ni sbb jalan slow je..
If nak tengok sunrise waktu yang di cadangkan start hiking pukul 545 atau 600 am..boleh tengok sunrise..kita orang sampai matahari dah naik..tapi memang sangat best..rasanya hiking ni akan jadi activity yang harus for us..

Sampai bawah ada orang jual ice cream...pekena ice cream dulu...then kita orang pergi ladang arnab..sbb eda ni memang suka ke rabbit...ladang arnab ni depan broga ni je...so senang sgt nak cari broga..bayaran masuk ke ladang arnab ni rm 5 perperson..saya x suggest la masuk..sbb rabbit dia liar..means x jinak macam kat rabbit park lain..sbb rabbit ni utk dijual n buat satay... yup..kat situ ada pakej..kalau masuk rm50 with makan..makan apa saja berasaskan arnab...huhu...memang tak la...

Lupa nak cakap...sblm sampai broga..kita akan jumpa Nottingham University...lebih kurang 10 minit je nak ke broga...

Ok...dah nak balik....singgah makan dulu sbb dah kebulur sangat...ada orang bawak bekal pergi Broga...saya x bawak pun..may be next time bawak la sandwich ke..sbb next time we will reach gunung tok wan pulak...
Sampai rumah dalam pukul 12. . .mandi... tidoooooo.....

perjalanan yang masih jauh

gambar di snap dari pokok Sheikh Muzaffar tu

adib naik buai...dare to?

kat sini pit stop adib n papa

dok fikir nak naik ke tak?

pit stop eda ( mak cik pembakar semangat)

reach the top of Broga Hill ( nampak tak belakang tu is Gunung Tok Wan )

masa turun sempat snap

rabbit park


Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, February 9, 2011

i look to you

As i lay me down
Heaven hear me now
I'm lost without a cause
After giving it my all
Winter storms have come
And darkened my sun
After all that i've through
Who on earth can i turn to?
I look to You
I look to You
After all my strengh is gone
In you i can be strong
I look to you
I look to you
And when melodies are gone
In you i hear a song,i look to You
About to lose my breath
There's no more fighting left
Sinking to rise no more
Searching for that open door
And every road i've taken
Led to my regret
Nothing to do but lift my head
I look to You
I look to You
And when all my strength is gone
In You i can be strong
I look to You
I look to You
And when melodies are gone
In you i hear a song, i look to You
My levee's have broken,my walls have come
Crumbling down on me
The rain is falling,defeat is calling
I need you to set me free
Take me far away from the battle
I need you shine on me
I look to You
I look to You
After all my strength has gone
In you i can be strong
I look to You
I look to You
And when melodies are gone
In you i hear a song,i look to you
Published with Blogger-droid v1.6.5

berhenti berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo…

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa…
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Tuesday, February 8, 2011

pergolakan di Mesir

ni cite yang dah basi...tapi still lagi happen kat Mesir...bumi tertua dan bersejarah...yang mempunyai antara pekara ajaib di dunia..*apa ayat aku ni*. terkejut gak baca paper...tak sangka bumi Mesir jadi rusuhan cam ni.

Semasa entry ni di taip..seramai 700++ student/ rakyat Malaysia yang dah balik...THANK YOU to MAS and AIRASIA yang menerbangkan rakyat Malaysia balik. Bak kata Datuk Seri Najib..membawa pelajar / rakyat Malaysia pulang tak kira politik apa pun..it based on ' we are Malaysian'

Berita yang membimbangkan seluruh umat Islam.
berpunca dari pergolakan di Tunisia, aura protes ni merebak ke Mesir. Polis polis semua jadi senok sbb terpaksa meleraikan rusuhan yang mana ribuan rakyat Arab menjadi penberontak...huh..aku baca paper pun ngeri...punca nya..KETIDAKPUASHATIAN rakyat Mesir terhadap pemerintah...Presiden Hosni Mubarak.

my favourite family picture

Published with Blogger-droid v1.6.5

twitter and facebook

haih...bb ku tak bernyawa entah berapa bulan dah...dah okay..tapi aku yang malas nak top up...haha...jimat rm 98 leh beli benda lain..since ada wifi wat apa nak membazir kan? cuma rasa sepi la tanpa bbm...huhu..banyak miss gosip2 from bbmiers la...tak pe ..mengurangkan dosa ku...hhahahhaha..

so now aku pun dah tak guna bb sbb dah bertukar kepada Android
yang lagi best pada aku sbb banyak application termasukla game Angry Birds ni...hehe

tapi tu la...kesian facebook ku terpinggir sbb nya aku dok bertweeter jer...
haaaa..tweeter lagi best la pada aku..sbbnya..kadang2 aku jadi rimas bila banyak notification..sengalkan?

di sebabkan malam ni aku keboringan baru la berfacebook tu pun dok layan application yang ntah pe hapa..

facebook ku yang kembali bernyawa


tweet tweet


Thursday, February 3, 2011

SEDETIK LEBIH



Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu



EDRY ABDUL HALIM

Wednesday, February 2, 2011

five places to go before....

kebosanan sebenarnya...
so dari tak buat apa, saya merapu la kat blog saya ni kan...

ni list the most five places saya nak pergi sangat....

Mekah

semua orang islam kat seluruh dunia ni nak pergi Mekah kan...menyucikan diri dari dosa dosa yang pernah saya lakukan..insyaAllah suatu hari nanti...

Venice


Paris (kota Cinta)


Switzerland


Niagara Falls

sepi

Ku lari ke hutan kemudian menyanyi ku
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi sendiri aku benci..
Aku ingin bingar aku mau di pasar

Bosan aku dengan penat
An enyah saja kau pekat

Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai biar mengaduh sampai gaduh

Ah..ada malaikat menyulam jaring
Labah labah belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak gotangkan saja loncengnya
Biar terderah
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

Ada apa dengan cinta
Published with Blogger-droid v1.6.5

Tuesday, February 1, 2011

Teater Tun

lama tak update blog...

well...last week , last saturday me and hubs went for teater tun...sangat la frust sebenarnya..sebab malam sebelum tu means jumaat malam tu Tun M and ister datang tengok teater...saya frust sampai menangis...menyesal sbb hubby dah ajak..tapi wat keras kepala sbb nak tengok Khurafat yang sangat tak best!! for me la..orang lain cakap best lantak la..

huh..tengok Teater Tun memang dah saya agak akan menangis...at last part yang masa Tun M nak letak jawatan tu air mata saya non stop mengalir..haih...how i wish he could turn back and become Malaysian PM again..some others memang tak suka dia..tapi dia lah negarawan saya...yang saya paling hormati..

frust tak dapat nak tengok Erra jadi Tun Hasmah in TTM 1...:(




MELAYU MUDAH LUPA

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah

Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...


Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...