Tuesday, August 30, 2011

Monday, August 29, 2011

selamat tinggal Ramadhan

hari ni adalah hari last umat islam berpuasa untuk tahun ini...rasa sayu je hati...sedih rasanya bila ramadhan akan pergi meninggalkan kita..ye la kan...tahun depan panjang umur boleh la bertemu lagi...sedih bila bulan yang mulia..pintu langit dibuka seluas luasnya untuk menerima doa..akan pergi untuk tahun ini...
semoga berakhirnya Ramadhan..berakhirlah kejahilan saya..terampun segala dosa dosa saya..terhindar dari melakukan dosa dosa yang sama..semoa kesabaan bulan Ramadhan bersama saya selama lamanya..semoga hidup saya dan keluarga penuh dengan keberkaan Mu Ya Allah...semoga pintu rezeki buat saya dan suami di buka. ..di permudahkan..amin
Published with Blogger-droid v1.7.4

balik kampung

meredah lautan kereta yang banyak selama 13jam...kesian betul anak ku sorang ni.. dia pesan..dah sampai kejut eh mummy..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 24, 2011

Friday, August 19, 2011

Raya raya...dan raya...

Banyak betul kalau nak cerita pasal raya nih...tapi tu la...cerita pasal shping ngan anak teruna belum lagi kan..

Tapi ni nak cerita pasal my mum...yang dah tak sabar agaknya nak raya, al maklumla..lama dah raya tak balik awal untuk raya and boleh berbuka sama sama beberapa hari before raya. Tahun ni saya balik awal dalam 3 hari sebelum raya...so my mum seronok sangat la dia..saya pun..dah plan nak makan macam macam dah..yang penting Sabtu pagi tu nak bertolak awal..maybe lepas sahur..pastu nak singgah bazar kat stadium...nak beli semo food yang nak...hihi..

Tapi my mum ni belum apa apa dia dah sms saya tanya nak masak apa for raya..hahahaha...ok lah...saya layan kan..ye la saya yang first..apa apa nak masak sebelum ni pun dia tanya saya..rasanya tahun ni saya yang nak masak...saya nak masak nasik bukhari ayam...yang lain lain macam kuzi ayam, roti jala, rendang tu tetap la ada...tapi selalunya my mum akan masak jugak nasik ni...sama ada nasi tomato ke, nasi minyak ke...

Since kawin ni pun saya belajar masak dari my mil, makanan raya on my hubby's side...kalau belah suami saya, makanan pagi raya dorang lain sikit, rendang tu biasa la kan, tapi kena ada ayam kicap...bukan ayam kicap ang selalu kita masak tu...tapi ni ayam kicap jawa la rasanya...so...since dah kawin ni..saya tambah lagi satu menu. Sampai saudara mara saya pun suka jugak ayam kicap tu...owh..ayam kicap tu makan dengan nasi impit. And adik saya pulak...dah booked for soto untuk hari raya kedua...hihi...tak pe..janji dia happy...saya lagi la happy..

- Posted using BlogPress from my iPad

Kad Raya




Rasanya...dah lama saya tak dapat kad raya...dari saudara mara or kawan kawan. Ye..dah lama rasanya..kalau dapat kad dari company or macam insurans company ke ada la jugak..

Rasanya tradisi menghantar kad raya ni dah semakin dilupakan..even dulu seawal puasa minggu kedua tu saya dah beli kad raya..dah berkira kira nak post kat sape...even ke makcik pun saya post...and siap suruh anta jugak tuh...haha..ntah pehape..teringat masa belajar dulu...kat roomate pun saya bagi kad raya...sbb roomate saya pun sama...ye la masa tu umur pun belasan 18, 19 camtu la..seronok la dapat byk kad raya...now?

Entry ni pun saya tulis sbb teringat kat anak saya tadi tanya pasal kad raya, dia tanya mana nak beli kad raya sebab nak bg kat kawan dia and nak hantar kat tok ma kat kampung..saya tanya dia...Adib tengok sape bagi kad raya...dia cakap kawan dia dapat kad raya. So, balik nanti saya harusla mencari kad raya kat dia...saya nak dia rasa apa yang saya pernah rasa..at least la kan...nak banding dulu..saya pun tak reti nak hantar kad raya at his age nih...

Dulu ada kad raya siap ada lagu..saya tak tau la now still ada ke tak?
Rasanya still ada kot kan..sebab saya rasa still ada orang yang hantar kad raya and meneruskan tradisi ni...tiba tiba saya terfikir...kenapa saya tak hantar kad raya kat kawan2 kat perantauan tu kan? Teringat masa beberapa minggu sebelum puasa kawan saya siap telak alamat dia kat facebook mintak sauadara mara or kawan kawan hantar kad raya, sebab nak gantung kat rumah dia...

Saya still lagi dapat kad raya, tapi semuanya melalui facebook. Betapa manusia dah semakin maju kan...semua mudah...semua cepat...ye la..kalau pakai facebook or email ke...senang, cepat, jimat duit setem semua tu kan...

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, August 17, 2011

WW




- Posted using BlogPress from my iPad

Kenapa Wanita Mengalirkan Air Mata?




Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.

Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim

Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.

Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?

Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.

‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)

Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.

Copy from akuislam.com

- Posted using BlogPress from my iPad

Salam Nuzul Quran







- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, August 13, 2011

TUTTI FRUITTI

Now Miss Tutti Fruitti dah dekat dengan rumah, kat Danau Kota je...dalam 10 minit je dari rumah...sebelum ni kalau nak layan tekak ni, kena la pergi Wangsa Walk...hihi...layan la...





- Posted using BlogPress from my iPad

Akikah

Entry ni sebenarnya untuk saya sendiri faham dan lebih faham. Sebab before ni ada sedikit salah faham, yang mana saya di beritahu Akikah tu tak wajib..and tak buat pun tak pe. Tapi sebab saya malas nak bertekak or mengguris hati, so saya senyap je la. Atau pun orang nak cakap saya so Islamic sangat...saya cakap sebab setahu saya kita kena buat akikah ni kalau kita menyambut zuriat kan..kalau tak..tak kan kita belajar dulu kan...kita belajar hukum akikah dan korban...beza akikah dan korban..so, bila orang cakap yang membuatkan saya confuse so saya google. Even orang tak nak tau pun..at least kita berusaha mencari kesahihan..kan?

HIKMAH AKIKAH

Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

PENGERTIAN AKIKAH
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH

Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan akikah:
kikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah.
aging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.:



Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
Syarat-syarat akikah:

Berniat akikah ketika menyembelih.

Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

CARA MELAKUKAN AKIKAH

Berdoa semasa hendak menyembelih:



Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …" (menyebut nama anak).

-Menyembelih ketika matahari sedang naik.
-Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
-Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.
-Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika menyambut kelahiran anak:

-Membaca azan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
-Membaca qamat di telinga sebelah kirinya.
-Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
-Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
-Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
-Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
-Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih akikah untuknya.
-Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu ataua wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.



- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, August 12, 2011

Makanan lagi...

Makan je kan...bulan puasa ni rasanya banyak sangat saya post pasal makanan..hihi...nak cite je pasal makanan yang memang dari Kelate.

Nearby to my house ni ada satu kedai makan, kedai ni saya panggil Kedai Kelate Kak La..even bukan bulan puasa pun dia memang meniaga, so memang tau la dia punya kesedapan tuh..*tapi tak leh challenge Kelate la kan?* kat situ ada banyakkkkkk sangat makanan...tapi ada la yang saya nak tapi tak de..

On that day, my hubby kena berbuka kat luar, so saya pun rasa malas nak ke rumah my PIL, so decide nak berbuka kat rumah je la..so saya pergi beli nasi kerabu je la kat kedai tu..masa sampai tu around 5...orang dah beratur panjanggg..tapi owner tak sampai lagi...huhu..dalam 15minit cam tu baru la sampai...lauk memang banyak la...so kalau saya nak beli..mana tau kan tetiba malas nak masak ke..boleh la beli kat kedai ni..macam last year dia ada buat ayam percik..tapi tahun ni tak de la pulak..tapi saya just bungkus nasi kerabu, lauk ayam goreng, ikan rebus goreng and solok and for Adib, nasi putih lauk kari ayam...pastu ternampak la nek bat..nek bat memang salah satu favorite jugakla...dia rupa macam baulu..tapi di sira dengan air gula..uols tau la kan...orang Kelate kan suka manis2..

Here a few je la gambar yang sempat diaambil..











- Posted using BlogPress from my iPad

What does he likes?

Demand dah sekarang budak kecik ni...Adib la..selalunya kat rumah memang pilih baju sendiri, seluar sendiri..nak pakai baju sendiri..semua sendirila..tapi before ni raya i never asked him what he likes or what color do you what for raya? But this year, dia dah mula pilih...nak itu..nak ini..nak macam tu..nak macam ni..haihhh..pening jugak..anak sorang je ni...kalau dua tiga..macam mana la kan?

Dari start puasa dah start call and tanya tok ma dia...raya pakai baju color apa..sekali tok ma cakap dia pakai kaler merah..apa lagi ..dia pun nak kaler merah la jugak..masalahnya..saya la nak kena cari baju merah..since my hubby cakap dia pakai je baju melayu merah yang sedia ada..sebab baju tu sekali je pakai..so sebabkan nak memuaskan hati anak teruna ni..so we decide la nak change the color...merah pun merah la..even sandal pun nak kaler merah...haih..adib ..adib..

Semalam dia siap pesan dekat saya..suruh beli baju Ben 10 je..sbb tak nak baju pejabat...baju pejabat tu baju kemeja la..dia panggil baju pejabat since dia 4yo kot..sbb nya tengok papa dia kan gi kerja pakai kemeja..so dia assume tu baju pejabatla..hihi..baju melayu..dia panggil baju semayang...dulu la..now..saya dah betulkan..

So now, satu hal la nak beli baju kurung kaler merah ni...i tak berapa suka sangat merah ni sebenarnya...even baju biasa pun tak de kaler merah...so, kat mana nak cari baju kurung nih? Carrefour pun banyak jugak baju readymade nih, semalam tengok dekat Gulatis..tapi tak berapa menarik merahnya tu..tak pe banyak masa lagi..hihi


- Posted using BlogPress from my iPad

Kan ...dah kena...

Budak kecik sorang ni memang tak reti nak berjalan...kalau jalan pun laju...memang sukaaaaaaa sangat berlari..ntah apa dia kejar pun tau...even dari bilik saya nak ke bilik dia dok main pun dia lari..buka jauh pun...kalau dia jalan dalam 10 langkah je...tapi still nak berlari..kalau suruh amik apa2...pun still beerlari..kalau dia pergi rumah tok nek dia pun...(rumah tok nek luas) memang berlari je la kerjanya...
So semalam ni la padahnya sebab suka berlari..ibu jari kaki kena bucu..terkopek sikit..sikit je..tapi nangis lebih..hihi...Adib..Adib...(ini..kalau awak baca blog mummy bila Adib dah besar...Adib tau la kan..Adib memng suka lariiii)




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, August 10, 2011

Paya Serai

Saya memang teringin sangat nak berbuka kat Paya Serai nih...tapi mak aiii harga dia...sangat la mahal...kalau 3 orang dah berapa..huh..sayang duit..memang untuk makan kan..tapi tak pe la..saya tunggu mana tau one day..tak tahun ni..tahun depan ke...tak pun ada rezeki lain, dapat la saya makan kat sini..there's a lottttt of foods here. Over 100 types of sumptuous local delights this Ramadhan! Kat sini memang banyak local food ( saya baca review la, since saya tak pernah pergi) even deco dia pun ala ala kampung..




Here the list price yang agak wow!!!

The first 3 days of Ramadhan
Adult: RM79++
Child (below 12 years old): RM49++

The next one-week
Adult: RM119++
Child (below 12 years old): RM60++

The following weeks
Adult: RM129++
Child (below 12 years old): RM70++

Jom layan makanan pulak...tengok gambar je la eh..




























Cukup la dulu ye...makhruh pulak puasa nanti...hihi

- Posted using BlogPress from my iPad

pulang lah...

Semalam memang plan nak berbuka kat rumah my PIL (parent in law) so saya pun tak masak or prepare apa-apa pun, just beli murtabak kat tempat yang selalu kami beli. Sebelum pergi tu ( rumah PIL tak jauh pun dari rumah kitaorang around 10 minutes pun dah sampai) saya sempat la panggil jiran saya ni, yang mana saya panggil dia kak ni. Sebenarnya saya nak bayar duit popia (popia kecik) yang saya ambik malam sebelum tu. Terkejut saya tengok dia terlalu kurus macam orang sakit, serius..dia tak la kurus sebelum ni, orang kata, sedang2 la..ini..kurus sangat, kurus yang nampak sakit,muka cengkung, pucat. Saya pun terus la tanya, kenapa kurus sangat ( sebab dah lama saya tak nampak dia, selalu dia keluar dok bersihkan rumah, pokok2 bunga dia tu), dia senyum2 je la, saya tanya dia tak selere makan ke, tak minum susu ke? Tak pergi jumpa doktor ke? ( Tanya mengalahkan polis ) so dia cakap la pergi jumpa doktor, dah beli susu seme..tapi still camtu jugak.

Saya keep asking sebab saya rasa dia sakit and nak sorok (jadi kepochi) at last, dia cerita, Allah bagi dia dugaan besar, anak dia ( kami panggil angah, even saya pun panggil angah) angah lari dari rumah! Memang terkejut beruk la saya..!! Dalam hati *patut la lama tak nampak angah dok ketuk or repair basikal dia*. Saya tanya kenapa angah boleh lari, for info, he just 15yo and nak take for PMR this year. Kak Nie ni cerita la yang angah tu merajuk pasal kena marah dengan abah dia, asalnya dia 'mengamuk' nakkan basikal yang budak sekarang guna tu ' Fixie ' yang rim colorful tu. My hubby cakap basikal tu ribu2 jugak la. Then, Kak Nie cakap dia belikan la basikal tu (even saya pun tak pernah tengok basikal dia, ye la, balik kerja pun dah pukul berapa), then, jiran saya tu cakap duit kat rumah hilang, sedangkan duit kat rumah tu tak pernah hilang, so dia pun tanya la anak2 dia termasuk la si angah ni, tetiba si angah ni melenting and marah, then marah2 / melawan kak nie ni, so ayah dia pukul la dia, pukul si angah ni sebab melawan cakap. Then pagi 1sr Ramadhan tu, si angah ni lari dari rumah bawak motor. Tak sangka la saya jadi cani. Kesian saya tengok kak nie ni, dia cakap, nak buat kerja pun tak boleh. Makan pun tak lalu.

Angah yang saya kenal, rajin ke surau, mengaji and paling diam la rasanya, sepatah kita tanya, sepatah dia jawab. Sebak and menangis jugak saya dengar cerita kak nie. Saya selalu fikir tentang benda2 macam ni. Future, yang semua orang tak tau apa akan jadi kat masa depan kita, ajal kita, rezeki kita, urusan kita, kehidupan kita. Yes, masa anak kita kecik macam sekarang ni, may be kita boleh proud sebab dia pandai or lemah lembut or petah bercakap, kita sebagai parents pun kita akan rasa, inilah yang terbaik kita boleh bagi. Ibu mana tak sedih bila anak buat macam ni kan? Macam kes kak nie ni, 15 tahun or I give 14 years kak nie ni jaga, besarkan, bagi makan minum and pelajaran, tapi dia pernah sangka tak yang anak dia akan buat macam ni kat dia? Tak kan? Rasanya ibu dah tak de air mata nak menangis, doa siang malam nak suruh anak dia balik. Kita pun, siang malam berdoa pada Allah supaya anak kita jadi anak yang soleh/solehah, berguna. Tapi siapa kita nak menjaga 24/7 anak kita, masa dia kat sekolah, keluar dengan kawan2, kita tak tau apa dia buat, yesss...memang betul kita boleh pantau anak2, dengan siapa dia berkawan, ke mana dia pergi...entah la, saya sebagai ibu, ibu yang belum sempurna, yang masih belajar, saya hanya mampu berdoa pada Allah, selamatkan lah anak saya dari kehidupan dunia ni, selamatkan lah anak saya dari api neraka, selamatkanlah anak saya dari penyakit yang tidak diingini, semoga anak saya menjadi manusia yang berguna untuk diri dia sendiri...amin..

Balikla angah, kesian kat ummi, jangan la buat ummi menangis, syurga di bawah tapak kaki ibu.

Tuesday, August 9, 2011

Buffet Ramadhan

Rasanya dah ramaikan antara kita yang dah mencari-cari buffet ramadhan kan? Or ada sesetangah tu dah dapat undangan berbuka...dari company, kawan kawan kan...even my hubby pun dah a few dah yang dia kena attend unyuk bebuka kat luar this week.
Mostly kat mana yang uols suka? Like myself la..buffet ni suka sebab dessert je..yup...sebab dessert yang macam-macam ada...kalau lauk lauk semua tu biasa je la...tapi kalau ada oysters...memang bonus la. Sbb certain tempat ada yang tak de oyster semua ni...saya tak la selalu berbuka buffet kat hotel-hotel ni...tak macam husband saya la.
Last year me and my friends berbuka kat Rama V...well, foods were sogreat...memang best...even dia nya deco so exquisite. And i like the most was a pumpkin custard..memang sedap gila okay...rate for last year berapa eh...lupa dah..rasanya 75++ kot...this year naik sikit harga. And Rama V table deco memang ala ala romantik gitu..

tengok la ..sweet je kan



Mana lagi yang pernah pergi...owh park royal hotel, KLGCC, KL convention Centre..a few la jugak...tapi lain orang lain la cita rasa kan...like my friend every year dia akan ke Hotel Istana..saya tak pernah la pergi..tapi dia cakap makanan kat situ semuanya sedap..
Owh ada jugak yang pada saya tak berapa sedap...kat Tupai Tupai..memang la bukan standard hotel..tapi sayang la duit kan...bayar RM50++ tapi makan tak seberapa..baik beli lauk ...masak..hihi..And Marche pun best jugak buffet dia..kalau sesiapa yang pernah pergi Marche tu tau la kan..

HERE the list for 2011 Ramadhan Buffet Listing.

Enjoy

Hotel Maya Ramadan Buffet at Maya Brasserie
Servings of authentic nasi kandar, soup & bubur lambuk, pineapple prawn curry, kupang goreng kunyit, kari ayam nyoya, ikan patin masak asam tempoyak, daging hiris goreng and many more.
Price: RM80 Adult (Half price for kids between 5 -12years)
Reservation: 03-2711 8866 ext 258
Address: 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL Ramadan Buffet
The tastefully decorated restaurant provides ambience where patrons can enjoy an exquisite selection of food complemented by entertaining music from the piano lounge for a unique dining experience. Open daily and specialises in a variety of local as well as continental cuisine.
Price: RM135++ adult RM75++ Kids 3~11
Reservation: 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Address: TH02, Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Restoran Sri Melayu – Buffet Ramadhan Ramadan
Enjoy variety of malay foods with live keroncong performance
Price: RM70++ Adult, RM40++ Kids, 15% off for senior citizen
Reservation: 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Address: No1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Boulevard Hotel Mid Valley Wild Rice Restaurant (level9) – Aneka Selera Ramadhan
Sup ayam ala mamak, sup kambing mamak, roti bengali, bubur lambuk, ayam percik Kelantan, daging mamak hitam, grilled lamb & many more
Price from 11 ~ 15 Aug 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 ~ 12yrs
Price from 16 Aug ~ 5 Sept 2010: RM85 adult, RM43 Kids 6 ~ 12yrs
Price from 6 ~ 8 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 ~ 12yrs
Reservation: 03-2295 8124
Address: Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Cititel Mid Valley Ramadhan Buffet
Pamper your taste with variety of favourites, cooked to perfection like rendang daging minang, ikan jelawat masak lemak tempoyak, ayam kerutub, ried garoupa 3rasa, nasi kerabu, nasi dagang, nasi rampai sari, malay & nyoya kuihs and many more.
Price from 11 ~ 17 Aug 2010: RM60 adult, RM30 Kids 6 ~ 12yrs
Price from 18 Aug ~ 2 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 ~ 12yrs
Price from 6 ~ 8 Sept 2010: RM55 adult, RM27.50 Kids 6 ~ 12yrs
Reservation: 03-2296 1188
Address: Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Dynasty Hotel Selera Kampung Ramadhan Ramadan Buffet
Price: RM68.00++ adult RM34.00++ child *
Reservations: 03-4043 7777 ext. 3301.
Address: 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.
Ramadhan Vouchers on Sale Now
CREDIT CARD OFFER ~ Buy 10, Get 1 FREE !
(All Major Credit Cards)

Hotel Nikko Middle Eastern Treats Ramadhan Ramadan Buffet
Fancy an afternoon treat with a Middle Eastern touch? Come by to the Lobby Lounge and feast on the innumerable assortment of Middle Eastern delicacies such as Fried Beef with Spices and Ground Cinnamon, Grilled Lamb Meat with Middle East Herbs, Stuffed Shredded Chicken with Pita Bread, Pan Fried Shrimp Balls Skewer with Tamarind Sauce, Fried Chickpea Patties and Chickpea and Tahini Dip with Crispy Pita Bread. Throughout this fasting month, Serena Brasserie will be featuring a lavish spread of traditional local specialties from four different Malaysian States and ‘a-la-kampung’ favourites for all to ‘berbuka puasa’, whether with families or friends. Early birds enjoy special rates.
Price : RM90.00++(adult) RM45.00++(children between 6 to 12)
Early Birds Special Rate: 11th to 17th Aug at RM80.00++(adult) RM40.00++(children between 6 to 12)
Reservations: 03-2782 6168
Address: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

PNB Darby Park The 39 Resaturant Ramadhan ramadan Buffet
Price: RM99++ Adult, RM69++ Child
Reservation: 03-7490 3939
Address: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur

PNB Darby Park Cafe Ramadhan ramadan Buffet
Price: RM65++ Adult, RM35++ Child
Reservation: 03-7490 3838
Address: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur

Corus Hotel Ramadhan ramadan buffet – Balik Kampung Buka Puasa
‘Berbuka puasa’on the specialities of internationally acclaimed Chef Ismail who is well known for his Malay heritage cuisine. In addition to that, feast on more than 90 authentic ‘Kampung’ favourites from various States. Some must try appetizing dishes from the buffet and live cooking stalls include Ikan Bakar Pak Raja, Ayam Kasturi, Rendang Kambing Serai and Keledek Masak Lemak Pucuk Manis,not forgetting a whole Barbecued Lamb.
Price: RM85++ Adult, RM42.50++ Kids
* 50% discount off the normal buffet price from August, 11 – 15 and September, 6 – 9.
* 20% discount off the normal buffet price from August, 16 – September, 5.
Reservation: 03-2161 8888 ext 123
Address: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Corus Hotel Ramadhan ramadan buffet – Oriental Buka Puasa Buffet
For an Oriental experience, ‘berbuka puasa’ to Oriental Buffet such as Dim Sums, Yong Tau Foo, Steamed Pomfret, Fried Crab Chilli Sauce and other tantalizing dishes.
Price: RM63++ Adult, RM43++ Kids
Reservation: 03-2161 8888 ext 127
Address: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Ramadhan Buffet at The Window Restaurant & The Terrace, The Royale Bintang Damansara
Price : RM60++ per person
For reservation, please call 03-78431111 ext 1405
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my/

Ramadhan Repast at Serena Brasserie, Hotel Nikko Kuala Lumpur
Price : RM90++ per person
For reservation, please call 03-27826128
Website : http://www.hotelnikko.com.my/

Ramadhan Delights at Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur
Price : RM50++ per person, 6.30-10.30pm
For reservation, please call 03-21439898
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my/

Nostalgia Ramadhan at Oceania Cafe Summit Hotel Subang Jaya
Price : RM66 nett (Adult), RM33 nett (Child)
For reservation, please call 03-80233000
Website : http://www.summithotelusj.com/
Note: Add RM1 for freshly squeezed juice

Feast of Ramadhan at Verandah Restaurant, Cyberview Lodge Resort & Spa Cyberjaya
Price : RM70++ (Adult), RM35++ (Child)
For reservation, please call 03-83127015
Website : http://www.cyberview-lodge.com/

Resplendent Ramadhan at Di Atas Brasserie, Legend Hotel Kuala Lumpur
Price : RM85++ per person
For reservation, please call 03-40429888/27719888 ext 9032
Website : http://www.legendsgroup.com/

Ramadhan Buffet Dinner at Flavors Restaurant, Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
Price : RM65++ (Adult), RM33++ (Child)
For reservation, please call 03-21413333 ext 506
Website : http://www.swissgarden.com/

Aneka Selera Bersama Chef-Chef Armada (Ramadhan Buffet) di Utara Coffee House, Hotel Armada PJ
Price : RM62++ (Adult), RM35++ (Child)
For reservation, please call 03-79546888 ext 4557
Website : http://www.armada.com.my/

Ramadhan – A month of Repentence & Reformation at The Mill, Grand Millennium Kuala Lumpur
Price : RM88++ (Adult), RM42++ (Child)
For reservation, please call 03-21174163
Website : www.millenniumhotels.com/my/

Ramadhan Specials at Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa Resorts Kuala Lumpur
Price : RM49++ (Adult), RM40++ (Child)
For reservation, please call 03-20266060 ext 7703
Website : http://www.ancasa-hotel.com/



- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, August 8, 2011

Kadar Zakat





Banyak negeri mengekalkan kadar zakat fitrah pada tahun ini seperti tahun lepas. Hanya di Sarawak yang menaikkan kadar RM1 berbanding tahun lepas RM5.20, manakala di Sabah naik RM0.20 menjadi RM7 bagi tahun ini.

Di Johor & Terengganu pula ada beberapa kadar berasingan iaitu berdasarkan jenis beras dan juga kemampuan pembayar. Manakala di negeri2 lain tidak berubah seperti tahun sebelumnya.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layari www.zakat.com.my atau www.facebook.com/zakat.my.

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:110)

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah 2:43) |

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. (Al-Bayyinah 98:5) |
- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, August 6, 2011

food for soul (1)

Nabi lalu bertanya: "Siapa temanmu wahai Iblis?""PEMAKAN RIBA""Siapa sahabatmu?""PENZINA""Siapa teman tidurmu?""PEMABUK""Siapa tamumu?""PENCURI""Siapa utusanmu?""TUKANG SIHIR""Apa yang membuatmu gembira?""Bersumpah dengan cerai""Siapa kekasihmu?""Orang yang meninggalkan salat Jumaat""Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?" "Orang yang meninggalkan salatnya dengan SENGAJA"

SALE DI SANA SINI


Dah shopping barang raya?

Saya belum...semua belum...hihi..
tapi sekarang tengah SALE...duit je tak berapa nak ada untuk SALE ni...may be dalam minggu depan baru la nak terhegeh hegeh cari kasut, baju, handbag...bla bla bla...saya and hubby memang tak suka nak beli awal, sebab bila beli awal tu ada je nanti nak ditambahnya, dari 3 pasang jadi 4 pasang...hihi...so since Adib pun dah besar, peruntukan untuk dia memang lebih la sikit. InsyaAllah..boleh pilih je mana yang korang rasa nak shopping kat mana, macam saya, saya selesa beli baju2 Adib and even barang saya and husband kat One Utama sebab kat situ semua ada, tak payah nak pergi banyak2 tempat, and senang kata, sesuai dengan bajet saya and en suami la. Tapi nak ke sana tu....hadoiii...belum pergi dah sakit kepala memikirkan nak dapat parking susah..and time balik tu ...jammed like a hell!! huhu and maybe jugak tahun ni...saya nak ke Sunway Pyramid la sebab my friend cakap kat situ ada Cotton On for kids...


Sogo Sale like a....huh!


Robinsons


ISETAN

ni hanya beberapa je la ...banyak lagi shopping mall kat Malaysia ni...macam la korang tak tau kan...hihi..

Buka Puasa

Seronok sangat bila bulan puasa ni sebenarnya, selain boleh beramal ibadah, mustahil la kan semua excited pasal makanan untuk berbuka. And bila masuk bulan puasa, macam macam la di post kan fb...terutamanya orang orang kampung ku...yang saja je la kan bikin jeles...even kat KL ni memang la boleh dapat...tapi tak sesedap kat tempat sendiri la kan...? hihi..macam semalam, one of my friend's sister, sesaje la nak inform yang dia pergi stadium sbb nak beli memang best food...lemak bakar!

Paling best kalau kat Kelantan selain masakan ibu...yang paling terpentingla kena pergi Pasar Ramadhan kat Stadium..most orang Kelantan tau la, kat situ memang A LOT OF food yang memang two thumbs up!! dari lauk pauk, ayam percik, kerabu kaki ayam, ayam bakar, daging bakar,macam macam la kan...tapi yang paling best...lemak bakar...perghhhh!! memang tahan sedap sampai nak gila..sayangnya saya tak jumpa pulak gambar lemak bakar dalam internet nih..
apa lagi yang best eh...oh..nasi kerabu...rasanya even bukan orang kelantan, ada jugak orang luar yang suka nasi kerabu, like my husband, nasi kerabu tu memang fav dia la, nasi kerabu ayambakar...atau lagi sedap dengan daging bakar...perghhhh!! sedap gila!!

nasi kerabu

lagi apa yang sedap...semua sedap tapi yang mesti akan beli ...oh..ayam percik..saya paling suka ..my mum ayam percik...ayam percik dia tak sama tau ngan ayam percik kalau kat pasar malam kat KL nih..saya ada resepi..tapi tak pernah la nak buat. Kat kelantan yang glamour, ayam percik Yatie...


ayam percik

kalau nak letak gambar kat sini...huh...banyak la yang sedap, dari lauk pauk ke kueh...semua la sedap, tapi kalau bulan puasa, even tak bulan puasa pun saya suka kueh akok...tau tak macam mana kueh akok? Kalau kat area kampung saya, memang boleh tengok la macam mana dorang buat akok and still guna sabut kelapa tu...


akok

lagi satu my favorite...jala mas...kat KL ni my fren memang ada jumpa kat Datuk Keramat, even kalau ke kampung baru tu memang banyak jugak la yang jual kueh mueh kelantan ni and lauk pauk kelantan...tapi saya ni jenis malas nak ke PARAM ni, PARAM is Pasar Ramadhan...dulu je la masa Adib pun dalam perut, memang rajin la jugak pergi, now memang teramat la malas.


jala mas

Sekian la dulu, juadah mata untuk tengah hari ni...kita sambung lain kali pulak. hihi..

Thursday, August 4, 2011

Marilah Berangan

Sooo cute


Gold Coast Lacey



Cobble Hill Medium Katie





Lilian Bassman Harmony





- Posted using BlogPress from my iPad

Handbags and handbags

Semua orang..rasanya everY women...suka handbag..tak kira la orang tu suka yang macam mana pun kan? As long as atas kemampuan masing2.
Ada orang yang mampu..handbags pun from designers la kan..and for tak mampu macam saya ni...saya beli yang saya mampu..as long as cantik and bertukar...hihi..

So..saya bukan nak cerita berapa banyak handbags yang saya ada..tak perlu la kan..dari nak berkongsi jadi menunjuk pulak..so here the story about my friend la...

Dia ada tag my name on facebook..so gambar yang dia tag tu gambar handbag2 LV..yang mana..cheeewaahh yang mana..saya memang suka tengok la sbb nak beli belum mampu..so..saa pun tanya la harga salah satu hangbag tu...dia cakap harganya RM 1800 and boleh bayar 2kali..so saya pun...okay..dia pm saya..tanya samada saya nak atau pun tak..so saya pm balik and saya cakap ..tak dulu la kot..sbb tengah nak pakai duit..dia return and asked again..kalau nak aku reserve...so saya pun..tengok balik mesej yg saya reply..aku ada cakap nak ke? Then saya cakap..tak pe la..ada duit nanti aku cari la ko..guess x de la nak reply or tanya ke..da reply and cakap...ni boleh 2x bayar...so saya reply..'aku tau 2 kali bayar...even 5 kali bayar pun aku tak nak beli.' kan...dari jawab elok2 terus jadi rude sikit..
Oh lupa..dia cakap LV ni dari outlet kat US..cousin dia beli kat sana..sbb saya tanya dia kenapa murah sangat..

Hell ya..saya memang tak ada LV tapi saya tak bodoh nak percaya LV ada outlet kat US..even my friends pun ada yang selalu beli kat outlet GUCCI, COACH...name it...tapi my fren cakap..LV memang takde...So i just let it be je la..nak di jadikan cerita...last week..terserempak la dengan my fren..so memula tu cerita pasal life la..anak..kerja..tetiba masuk la bab handbag semua ni..dia pun cerita kat saya tentang orang yang saya cerita ni..kiranya..kitaorang ni kawan la..so dia cakap dia kena tipuuu!..rupanya handbag yang di jual tu is AAA grade!!..i was not so suprised la sbb macam boleh agak...even kalau tengok kat facebook yang orang selalu tag ni..jual around rm300 / 400..huhhhh!!! Patut la suruh beli beria sangat..

If i wanna buy..i will ask people first..huhu




- Posted using BlogPress from my iPad

First Ramadhan

This year Adib learn fasting. Susah jugak la..sbb before tu nak kena explain kat dia kenapa kena puasa, puasa berapa lama..so saya kena explain dulu kat Adib about puasa..so dia tak berapa faham bila saya to formal explain pasal puasa ni...senang cite and nak kasi dia faham.. I just told him..puasa ni sbb Allah nak suruh kita tau macam mana orang susah hidup bila tak de makanan, so then Adib tau bila lapar and Adib tak boleh makan..
Luckily, Adib excited nak puasa..so i managed to cook for sahur as he requested for ikan goreng his favorite.
Masa sahur, hari first tu, yes...dia bangun and what happened? Tido kat meja..hihi...
Tapi...first day tu kira good achievement jugak la...sbb Adib boleh bertahan sampai pukul 5.. Tapi for second days, third days...memang puasa half day je...tapi tak pe la..namanya belaja puasa..
Im so proud of him..




- Posted using BlogPress from my iPad

Ramadhan and Syawal

Me and a few friends just tweeting about raya's preparation..
As for me now..there are so many things yang belum beli...yup..belum beli!
Some others dah siap semua dah...huhu..
Even before fasting there's a lot SALE!! Isetan..sogo..but me and hubby didn't manage to go..sbb tau mmg ramai orangggg!! Even my sis in law have to go to work on last Saturday, she said people started to queue from 8 am...and the mall just only open on 10...kan...? Oh my...that is so not me and hubby...huhu..
So for raya..i think we will start ..errrmm..don't know when..hihi

And our raya's theme is grey...memula nak warna belacannn...hihi..


- Posted using BlogPress from my iPad

Children judge from what they heard and watch!

As Adib growing up and think a lot...he simply learn from what he watch, what he heard and he judge.
There are so many situation and questions i have to faced and answer. Even when we watch the tv or went out for somewhere, he simply asked and judged!

Situation 1

Adib: mummy...papa hisap rokok..

Mummy: tak good kan Adib...?

Adib: tu la papa ni...tak tengok ke kat kotak rokok?

Then what papa or mummy shud tell him...? He already knew that smoking is not good for health as he look at the cigar box himself!

Situation 2

Adib: mummy....ada budak cakap Adib bangang..bangang tu apa mummy?

Mummy : bangang tu bad word Adib, Adib jangan cakap macam tu...Allah marah.

Adib : kenapa kakak tu cakap bad word? Dia kan dah besar..

Then, who should be blame?
I can't control my kid to not heard any bad word or even speak bad word. I am pretty sure that 'kakak' s mom already teach 'kakak' to speak in good word, or speak polite to others...

Actually there are so many situations...even Adib knew who likes him and who don't. He can recognize it. He can tell me who scold him, who don't want to play with him...

Yup..saya pun tak mengharapkan that my son to be loved muchy much...tapi dia kid...even kid...he still has a feeling...heart feeling...he has own word to describe people to decsribe his friends.

Yes...i know Adib a bit slow from other kids..membaca pun masih merangkak2..but he is my kid...kalau bukan myself who protect him, then who?

Sometimes, my hubby and i, just want to stay at home or hang out to the mall than meet others..or go to others place..sbb my son ni suka lari..suka jumping..as for me..he just running as a kid...u all tak pernah jadi budak eh?
And sometimes i have to scold him, because i can see people feel so uncomfortable or rasa my kid ni merimaskan...or else la..so, for me tu yang malas nak bawak Adib pergi rumah orang...*wink*




- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...