Tuesday, April 27, 2010

Tip berdepan dengan mereka yang ego, bangga diri, rasa hebat dan seumpamanya

Tip berdepan dengan mereka yang ego, bangga diri, rasa hebat dan seumpamanya: Ketika berdepan/berhadapan, bertakbirlah (Allahuakbar) di dalam hati dengan kesedaran tertinggi sepanjang pertemuan itu. Niatlah agar mereka yang ego itu yang berfikir menggunakan fikiran yang terbatas akan merasa bahawa Allah SWT itu MAHA BESAR. Semoga mereka akan perlahan2 merasakan dan hatinya mula merendah.

Lakukan juga kepada mereka yang sering dengki, jeles, berasa ilmunya sudah tinggi, yang sentiasa tidak senang dengan dirimu, yang berasa kejayaan mereka sudah besar dan hebat, yang berasa mereka lebih baik darimu.

Mudah-mudahan dengan lafaz Allah Maha Besar yang kita bacakan di dalam hati itu, akan meresap ke dalam jiwa mereka.

Ketika jiwa mereka meresap Kebesaran Allah SWT, mereka mampu tersungkur dan berasa diri mereka tiada apa-apanya.

Sedekahkan juga banyak-banyak Al-Fatihah kepada mereka dengan niat semoga jiwa mereka tunduk dan sedar kebesaran Allah SWT.

Kalau suami/isteri/anak2, lagilah mudah. Sambil belai mereka sedang mereka menonton ke, membaca ke... sambil belai sambil sambungkan kesedaran kita kepada Allah SWT.

Jika diri sendiri berasa ego, bangga diri, bagus, boleh juga lakukan sedemikian.

Kadang-kadang rasa bangga diri itu tidak mampu dibendung. Sebab itu perlu banyak komunikasi dengan Allah SWT agar kita mampu memiliki kesedaran tertinggi. Kemudian mampu berada di atas rasa.

Ketika kita rasa bangga, kita sedar yang kita sedang rasa bangga diri. Pasti kita cepat-cepat sedar akan Allah SWT.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...