Wednesday, May 12, 2010

Sapu Badan Setelah Membaca Tiga Surah Al-Qur’an

Sapu Badan Setelah Membaca Tiga Surah Al-Qur’an

Daripada Aishah r.a. :

“Bahwa Junjungan Nabi s.a.w. apabila ia berbaring di tempat tidurnya pada tiap-tiap malam, Ia menghimpunkan dua tapak tangannya kemudian ia hembuskan [Yakni: meludah dengan tidak ber air ludah] pada keduanya dan membaca

(Bismillaahir Rahmaanir Rahiim)

( Qul huwallaahu ahad. Allaahush-shamad. Lam yalid wa lam yuulad walam yakul lahuu kufuwan ahad) dan

(Bismillaahir Rahmaanir Rahiim)

(Qul a’uudzu birabbil falaq. Min syarri maa khalaq, Wamin syarri ghaasiqin idzaa waqab. Wamin syarrin naffaatsaati fil ‘ uqad, Wamin syarri haasidin idzaa hasad.) dan

(Bismillaahir Rahmaanir Rahiim)

(Qul a’uudzu birabbin naas, Malikin naas, Ilaahin naas, Min syarril waswaasil Khannaas, Al-ladzii yuwaswisu fii shuduurin naas. Minal jinnati wan naas.)

pada keduanya kemudian menyapu seberapa dapat daripada badannya; Ia mulai dengan menyapu keduanya atas kepalanya dan mukanya dan yang di hadapan daripada badannya. Di perbuatnya yang demikian itu sebanyak tiga kali.”

Menurut hadis ini nyatalah bahwa hembusan atau ludahan pada dua tapak tangan itu adalah di buatnya sebelum membaca tiga surah-surah tersebut. Akan tetapi menurut riwayat yang lain pula bahwa hembusan atau ludahan pada keduanya itu adalah sesudah membaca, dan perbuatan yang semacam ini adalah lebih sempurna.

Adapun banyak bacaan menurut hadis tersebut zahirnya adalah sekali sahaja. Setelah habis beliau membacanya maka di sapukanlah dengan kedua tapak tangannya ke atas lembaganya. Beliau mulakan dengan menyapu ke atas kepalanya kemudian mukanya, lalu menurun menyapu badannya yang di hadapan; iaitu dadanya dan yang berdekatan dengannya. Perbuatan beliau yang demikian itu tiga kali.(**)

(**)Bolehjadi – kata petunjuk itu- kembali kepada perbuatan menyapu sahaja, maka ber ertilah membaca ke tiga-tiga surah itu sekali. Dan bolehjadi kalimah tersebut menunjukkan kepada kesemua perbuatan, iaitu menghimpun dua tapak tangan dan membaca surah, menyapu. Inilah yang lebih utama, sesuai dengan riwayat yang mengatakan tiga kali baca.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...