Friday, June 24, 2011

dukacita

Dukacita menghapuskan dosa

Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan
tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya
dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya"(Riwayat Ahmad dari
Aisyah r.a.)

Jikalau seorang hamba melakukan amalan kebaikan, ia akan menjadi
menghapuskan dosa-dosa kecilnya. Tetapi jika dosanya telah terlalu banyak
dan dia tidak melakukan sesuatu untuk menghapuskan dosanya, maka Allah akan
menimpakan sesuatu yang mendukacitakan atau merungsingkannya untuk menghapus
dosanya. Misalnya anak dan isterinya demam-demam, tayar motornya pancit,
keretanya rosak dan sebagainya.

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. "Seorang muslim itu tidak
ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan),kesedihan
(kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada)
duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan
(mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripadadosa-dosanya" (Riwayat
Bukhari dan Muslim)

Mana-mana Muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa
seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Riwayat Bukhari Muslim
dari Ibnu Mas'ud)

"Bila aku (Allah) mengenakan satu musibah ke atas hambanya samada ke atas
badannya, hartanya, anaknya dan disambut dengan baik, aku malu hendak
tegakkan timbangan amalannya" (Riwayat Muslim, Hadis qudsi sahih)

Orang yang sakit lama dan diterimanya dengan redha, maka diampun dosanya
kecuali dosa dengan manusia. Segala musibah ada pampasannya kerana ia
datang dari Allah (takdir). Ada pampasan sehingga habis segala dosa.
Walaupun, orang yang kena musibah itu hamba Allah, Allah berhak melakukan
apa sahaja ke atas hambanya, namun Allah malu hendak menimbang amalan
hambanya yang sabar dengan musibahnya di hari kiamat. Musibah itu
menyedarkan manusia tentang kesalahanya supaya dia insaf dan "reverse"
kesalahannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...